Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / Pengalaman senjata MBPJ

Pengalaman senjata MBPJ

Pemain MBPJ Muhammad Afiq Zulkifly meraikan jaringan kedua pasukan MBPJ

Pemain MBPJ Muhammad Afiq Zulkifly meraikan jaringan kedua pasukan MBPJ

Bukit Jalil,6 Mac 2015; Pengalaman jelas menjadi senjata utama pasukan MBPJ apabila berjaya menumbangkan pasukan dari selatan SMKDBL PHJ 3-1 dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Milo 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam. Kejayaan itu memberikan sedikit keselesaan buat pasukan MBPJ sebelum bertandang ke gelanggang lawan Ahad ini bagi menentukan pasukan yang layak ke Separuh Akhir.

Biarpun begitu gawang MBPJ lebih dulu dibocori oleh pasukan SMKDBL PHJ apabila Zulsyafiq Amirul berjaya membuka jaringan pembukaan perlawanan buat SMKDBL PHJ di minit ke 22. Gol itu menyentak pasukan MBPJ yang kembali memperkemas permainan. Gerakan demi gerakan diatur oleh pasukan MBPJ bagi mencari gol penyamaan namun sering dihampakan oleh ketangkasan penjaga gol muda dari pasukan SMKDBL PHJ Fahmi Zakaria. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Menyedari bekal yang selesa perlu dibawa ke suku akhir kedua ahad ini, MBPJ terus melancarkan serangan sebaik sahaja wisel separuh masa kedua dimulakan. Usaha mereka berhasil apabila Azwadi Ridzuan berjaya memperolehi gol penyamaan menerusi gol padang di minit ke 46. Gol itu menambahkan lagi semangat dan keyakinan pasukan MBPJ dan 4 minit kemudian  Muhammad Afiq Zulkifly berjaya memperdaya penjaga gol SMKDBL PHJ Fahmi Zakaria setelah berada dalam situasi satu lawan satu. SMKDBL PHJ cuba bangkit bagi mencari gol penyamaan selepas itu namun sering di kecewakan oleh kegopohan pemain pemain mereka dalam melancarkan serangan. Ketika ramai menyangka kan kedudukan 2-1 ini akan kekal sehingga tamat perlawanan Faid Farhadh menambah lagi bekal buat MBPJ bagi dibawa ke Johor ahad ini menerusi gol padang di minit ke 69. Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top