Home / Berita & Artikel / Yop Postman / Penolong Jurulatih Skuad Kebangsaan : Apa Hebatnya Amin Rahim?

Penolong Jurulatih Skuad Kebangsaan : Apa Hebatnya Amin Rahim?

oleh : Yop Postman

11 November 2017

Amin Rahim terkenal dengan sikap “Emosi” nya tidak kira ketika bermain sehingga lah menjadi jurulatih

Amin Rahim… pemilik nama ini pasti menjadi sebutan peminat hoki dengan jaringan “Sudden Death” sudut penalti separuh akhir sukan asia 2010 menundukkan India yang ketika itu menduduki ranking ke 9 dunia. Masih terngiang2 jeritan seluruh rakyat Malaysia apabila bola menerjah jaring pasukan India ketika itu. Sejarah yang tidak mungkin boleh diubah oleh sesiapa dan ketika itu nama Amin Rahim menjadi sebutan seluruh peminat hoki negara biarpun skuad negara tewas di perlawanan akhir selepas itu. Amin Rahim kekal menjadi wira negara.

Biarpun di anggap “berat” tapi keupayaan dan kesungguhan Amin ketika di atas padang tiada siapa boleh pertikaikan

Kini nama Amin Rahim sekali lagi menjadi sebutan apabila MHC membuat kejutan melantik beliau menggantikan jurulatih berpengalaman Lim Chiow Chuan. Yop tidak lah mahu mengulas keputusan menggugurkan Lim tetapi lebih kepada hendak melihat siapa Amin Rahim di mata MHC sehinggakan beliau dipilih untuk membantu Stephen di kem kebangsaan.

Kareer Amin Rahim sebagai jurulatih tidak sunyi dari kontroversi. Yop masih ingat peminat hoki mula terpinga pinga apabila nama Amin Rahim dipilih untuk membantu Arul Selvaraj bagi membimbing skuad Piala Dunia Remaja 2016 negara bersama seorang lagi bekas pemain kebangsaan Jivan Mohan. Malah ketika itu tersebar khabar angin yang menyatakan ketika itu Amin Rahim masih belum memiliki sijil kejurulatihan. Namun segala persoalan semakin menghilang apabila gandingan Arul Amin dan Jivan mula menampakkan keserasian. Jika tidak kerana kealpaan 5 minit terakhir di peringkat suku akhir Piala Remaja Asia di Kuantan 2 tahun lalu sudah pasti skuad ini akan menjadi sebutan mengikut jejak langkah skuad 2013.

Kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2016 seolah olah menjadi tanda selamat tinggal buat Amin untuk skuad kebangsaan namun MHC memberi satu lagi peluang buat Amin Rahim apabila di lantik sebagai penolong Jurulatih Skuad Pembangunan negara. Peluang ini tidak di sia siakan oleh Amin Rahim apabila berjaya membantu skuad ini menggondol pingat emas sukan sea 2017  buat kontijen negara biarpun ia adalah hoki di dalam dewan.

Suara Amin Rahim di tepi padang dilihat berjaya membantu TNB beraksi cemerlang di dalam Liga

Yop yakin, bakat dan prospek Amin Rahim di dalam kejurulatihan tidak sahaja dilihat oleh MHC kemampuan beliau ketika bersama skuad remaja negara tetapi kemampuan Amin Rahim membimbing skuad utama TNB dalam kejohanan Liga Hoki Kebangsaan. Kejayaan menjadi naib juara Piala Alagendra 2016 sudah cukup untuk menutup mulut pengkritik beliau malah perlu di ingat skuad TNB adalah skuad 100% pemain tempatan. Malah Amin Rahim hampir mencipta kejutan dalam musim 2017 apabila hampir menundukkan KLHC di Separuh Akhir Piala TNB 2017. Pengalaman 2 musim membimbing TNB jelas telah “mencantikkan” CV beliau untuk membuka mata Lembaga Eksekutif MHC melantik beliau menjadi pembantu Jurulatih skuad kebangsaan.

Malah perlu di ingat kita sudah terlalu lama bergantung penuh pada “org  lama” dalam membimbing skuad kebangsaan. Pelantikan Amin Rahim mungkin dapat di lihat membantu memberi nafas baru buat skuad kebangsaan dengan idea idea “orang muda” dan mampu menjadi platform melonjak jurulatih jurulatih baru dan muda untuk menunjukkan kehebatan mereka.

nota kaki : moga Amin Rahim dapat membantu menyelesaikan kebuntuan sudut penalti negara.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top