Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Penyu semakin Garang

Penyu semakin Garang

Penyerang pasukan THT Ismail Abu meraikan jaringan ke tiga pasukan THT bersama rakan sepasukan Tengku Ahmad Tajuddin

Penyerang pasukan THT Ismail Abu meraikan jaringan ke tiga pasukan THT bersama rakan sepasukan Tengku Ahmad Tajuddin

Kuala Lumpur, 21 September 2016; Terengganu Hockey Team (THT) hampir selangkah untuk mara ke final Piala TNB selepas mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas Maybank pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Hoki Pantai, hari ini.
Ketua jurulatih THT Sarjit Singh nyata amat berpuas hati dengan keputusan itu, tetapi tetap mengharapkan barisan pemainnya terus mempamerkan aksi konsisten pada separuh akhir kedua, Jumaat ini.
“Kami baru saja melalui saingan separuh akhir pertama dan perlu mengharungi satu lagi perlawanan.
“Namun kemenangan hari ini memang sangat bagus untuk bekalan pada separuh akhir kedua nanti.
“Setiap pemain beraksi dengan amat baik. Walaupun mereka ketinggalan 0-1, barisan pemain saya tetap bersemangat dan bangkit selepas itu untuk mencari gol.
“Dengan kemenangan ini, tahap keyakinan pemain saya sangat tinggi,” katanya selepas tamat perlawanan.
THT selaku juara bertahan ketinggalan pada awal permainan selepas Muhammad Firdaus Fauzi meletakkan Maybank di depan menerusi jaringan padang minit ke-7.
Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Sarjit menggandakan asakan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Ismail Abu minit ke-16.

 

 
Penyerang sensasi Faizal Saari menambah gol kedua minit ke-44 menerusi jaringan padang sebelum Ismail meledak gol ketiga pada minit ke-49.
Tonggak import Jang Jonghyun tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti seminit kemudian untuk gol keempat.
Faizal menjadikan kedudukan 5-1 selepas menjaringkan gol padang minit ke-53 sebelum Muhammad Amirul Mirza Rozi mengesahkan kemenangan THT dengan meledak gol keenam, juga menerusi pukulan sudut penalti minit ke-57.

jep_9007

Pemain pemain Sapura HC meraikan jaringan kedua pasukan mereka oleh Phillip Ross Burrows di minit ke 42 perlawanan

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Sapura menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 3-1.

Piala TNB

Separuh akhir pertama

THT 6 Maybank 1
KLHC 1 Sapura 3

Piala Presiden

Separuh Akhir Pertama

TNB Thunderbolt 3 Politeknik Malaysia 2

SSTMI 3 UITM 4

Piala VIVIAN MAY SOARS

Separuh Akhir Pertama

Blue warriors 1 (pdrm) vs Atm pernama 0

SSTMI 2 PKS KPM 0

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top