Home / Kejohanan / Penyu Tidak Menangis Lagi

Penyu Tidak Menangis Lagi

Faizal Saari membuktikan ketajaman beliau apabila menyumbat 6 gol

Faizal Saari membuktikan ketajaman beliau apabila menyumbat 6 gol

Bukit Jalil,1 Nov 2015; Terengganu membuktikan kehebatan mereka apabila bangkit dari kekalahan perlawanan pertama setelah menjadikan Pulau Pinang mangsa amukan mereka dengan jaringan 10-2 dalam perlawanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2015 di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.

Biarpun satu ketika Pulau Pinang berjaya mengikat Terengganu dengan jaringan 1-1 namun jaringan penyamaan Pulau Pinang itu jelas menyuntik lagi semangat anak anak buah Sarjit Singh apabila dengan mudah merobek gawang lawan.5 jaringan di setiap separuh masa menjelaskan lagi betapa bernafsu nya barisang serangan pasukan Terengganu.

Faizal Saari membuktikan beliau masih perobek gawang terbaik negara apabila menyumbang 6 jaringan manakala Fitri Saari, Nik Aiman, firhan Ashaari serta Engku Malek masing masing menyumbang satu jaringan buat Terengganu. Gol saguhati Pulau Pinang dijaringkan oleh Mohamad Rahimi Iskandar bin Baharom dan Jiwa Mohan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top