Home / Kejohanan / Perak Langkah Kanan

Perak Langkah Kanan

Pertahanan Pulau Pinang Muhammad Izzat bin Mohd Rahim cuba menghalang kemaraan penyerang pasukan Perak Haziq Samsul

Pertahanan Pulau Pinang Muhammad Izzat bin Mohd Rahim cuba menghalang kemaraan penyerang pasukan Perak Haziq Samsul

Bukit Jalil,30 Nov 2015; Perak memulakan Piala Razak 2015 dengan langkah kanan apabila mudah membenam cabaran pasukan Pulau Pinang 7-3 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. Perlawanan yang dijangka kan berlangsung jam 8 malam terpaksa di mulakan lewat 1 jam apabila hujan lebat yang melanda Bukit Jalil petang semalam.

Turun selaku juara bertahan jelas tidak memberi sebarang tekanan buat pasukan Perak apabila mengawal permainan sejak dari siren permulaan di bunyikan. Namun Pulau Pinang berjaya yang mempamerkan corak bertahan dan serangan balas dilihat berjaya menyerap setiap asakan serangan pasukan Perak yang di teraju oleh bekas penyerang negara Hafifi Hafiz bin Hanafi. Namun usaha yang tidak mengenal erti jemu pasukan Perak membuahkan hasil apabila penyerang utama pasukan remaja negara Haziq Samsul berjaya membuka jaringan di minit ke 6 perlawanan. Gol itu membangkitkan lagi semangat pasukan Perak namun ketumpulan penyudah menjadi musuh utama pasukan Perak menambah jaringan. Sebalik nya pasukan Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan menerusi ketua pasukan Izwan Firdaus bin Ahmad Tajuddin menerusi serangan balas di minit ke 18 perlawanan. Namun pengalaman jelas milik pasukan Perak apabila jaringan tersebut tidak melemahkan semangat pasukan sebalik nya mereka berjaya kembali mendahului apabila Fitri Ismail berjaya menewaskan penjaga gol pasukan Pulau Pinang hasil keadaan kelam kabut dihadapan gawang Pulau Pinang di minit ke 26 perlawanan

Permainan semakin pantas mula dipamerkan kedua dua pasukan sebaik siren separuh masa kedua dibunyikan dan Pulau Pinang membuktikan mereka mempunyai penyerang yang mampu merobek gawan lawan apabila berjaya menjaringkan 2 gol dalam tempoh selang seminit menerusi penyerang berbisa mereka Izwan Firdaus bin Ahmad Tajuddin diminit ke 36 dan 37 permainan. Gol tersebut sedikit memberi tekanan kepada pasukan Perak yang mula menyusun kembali permainan mereka dan mereka tidak perlu menunggu lama apabila pemain tengah kebangsaan Meor Muhammad Azuan bin Hasan berjaya menyamakan kedudukan di minit ke 38 perlawanan. Gol itu menaikkan lagi semangat pasukan Perak apabila berjaya menambah 4 lagi jaringan selepas itu menerusi Haziq Samsul (37,60), Hafifi Hafiz (43) dan Azril Misron (54) bagi menamatkan perlawanan dengan jaringan 7-3.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top