Home / Kejohanan / Perak tepati ramalan

Perak tepati ramalan

Pemain Melaka Azrul Effendy bin Bistamam bekerja keras menghalang gerakan penyerang pasukan Perak Haziq Samsul

Pemain Melaka Azrul Effendy bin Bistamam bekerja keras menghalang gerakan penyerang pasukan Perak Haziq Samsul

Bukit Jalil,1 Nov 2015; Perak menepati ramalan awal apabila meneruskan rentak kemenangan setelah dipaksa bekerja keras menewaskan Melaka 2-1 dalam pertemuan Division 1 TNB Piala Tun Razak 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Turun selaku pasukan pilihan Perak dilihat lebih banyak menguasai perlawanan namun taktikal yang penuh disiplin oleh pasukan Melaka sering berjaya mengecewakan barisan serangan pasukan Perak. Perak terpaksa menunggu sehingga minit ke 22 perlawanan bagi membolosi gawang lawan menerusi pukulan sudut penalti oleh Hafifi Hafiz bin Hanafi. Belum sempat Melaka mengatur kembali permainan gawang Melaka sekali lagi dibolosi lawan menerusi jaringan padang Fitri Ismail seminit berselang. Gol itu merancakkan lagi perlawanan dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan namun kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Melaka yang ketinggalan dengan dua jaringan kembali mengatur gerak perlawanan dan usaha mereka berhasil apabila Amirrullah bin Zainol berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 34 perlawanan. Jaringan itu menyemarakkan lagi semangat Melaka bagi mencari gol penyamaan namun pengalaman yang di miliki oleh Azlan Misron dan Shukri Mutalib jelas menjadi penghalang buat pasukan Melaka. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top