Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / Piala Liga MJHL 2015 / Berita MJHL 2015 / Perlis kejutkan Trengganu

Perlis kejutkan Trengganu

Penyerang 1 MAS Perlis Mohamad Fauzi Ismail meraikan jaringan ke 4 pasukan 1 MAS Perlis

Penyerang 1 MAS Perlis Mohamad Fauzi Ismail meraikan jaringan ke 4 pasukan 1 MAS Perlis

Bukit Jalil, 26 Februari 2015; Pasukan 1 MAS Perlis berjaya membuktikan kehadiran mereka di Bukit Jalil bukan sekadar makan angin apabila berjaya menundukkan cabaran pasukan MSNT-PHT 4-2 dalam satu perlawanan sengit suku akhir Div 2 liga hoki remaja kebangsaan 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Permainan pantas di pamerkan oleh kedua dua pasukan sebaik wisel permulaan di bunyikan. Namun tuah jelas memihak kepada pasukan dari Perlis apabila berjaya membuka jaringan lebih dahul seawal minit ke dua menerusi jaringan padang ketua pasukan mereka Mohamad Hanif Saad. Gol itu menambahkan lagi keyakinan  barisan hadapan mereka dan ini terbukti apabila Muhammad Nur Hakim berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti di minit ke 20. Menyedari pasukan mereka sedang ketinggalan pasukan MSNT-PHT meningkatkan lagi perlawanan dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke 29 perlawanan menerusi Akmal Hakeem.

Usaha MSNT di teruskan lagi di separuh masa kedua dan mereka berjaya menyamakan kedudukan di minit ke 38 menerusi Naqiuddin. Tersentak dengan jaringan penyamaan tersebut pasukan Perlis kembali mengawal permainan dan usaha mereka berhasil apabila berjaya mendahului di minit ke 46 sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Nur Hakim. Gol itu merancakkan lagi perlawanan dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan. Namun tuah jelas memihak kepada pasukan Perlis apabila berbaki 2 minit lagi perlawanan Mohamad Fauzi Ismail menambah jaringan ke 4 dan seterus nya memastikan kemenangan milik pasukan Perlis.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top