Home / Berita & Artikel / Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Gagal atau Ada Sinar?

Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Gagal atau Ada Sinar?

Oleh : Yop Postman

Piala Sultan Azlan Shah 2019 baru sahaja melabuhkan tirai nya ahad lalu. Tahniah buat pasukan Korea Selatan yang berjaya menjulang kejuaraan mengulangi kejayaan 2010 yang lalu. Bagi skuad negara tempat ke 3 telah menjadi milik mereka biarpun sasaran awal adalah untuk menjulang kejuaraan buat kali pertama.

Tanpa kehadiran jaguh dari oceania New Zealand dan Australia, skuad negara diletakkan sasaran untuk menjulang kejuaraan buat kali pertama. Namun kegagalan menundukkan India dan Korea Selatan mula menghadirkan kritikan dari seluruh pelusuk negara. Bagi Yop, bukan lah bertujuan untuk melawan arus cuma Yop cuba melihat dari sudut yang berbeza.

Kontroversi sudahpun bermula bila MHC mengumumkan senarai awal 28 pemain untuk ke Ipoh, bila beberapa nama besar tidak dipanggil seperti Nabil Fiqri, Azri Hassan serta pemain terbaik perlawanan akhir TNB Cup 2019 Hazrul Faiz mula menjadi bualan hangat di sekitar media media tempatan. Malah nama Joel yang tersenarai menjadi sasaran kecaman netizen.

Namun kembali nya Najmi Farizal serta beberapa pemain muda seperti Luqman Hakim, Arif Syafie dan Azrai Aizad menjadi perhatian Yop. Malah keberanian memilih penjaga gol muda Zaimi menunjukkan keberanian yang dimiliki oleh ketua jurulatih negara Roeland Oltmans. Mengugurkan Joel pasti berita yang dinantikan oleh ramai peminat skuad hoki negara. Malah senarai 18 pemain yang dibawa ke ipoh menggabungkan cukup ramuan pemain muda dan senior.

Ketika sepanjang kejohanan berlangsung Roeland Oltmans jelas lebih banyak mencuba gandingan baru dan tidak dipengaruhi oleh bilangan caps yang ada pada setiap player. Di bahagian tengah beliau dilihat mencuba gandingan Ashran, Meor dan Fitri yang sebelum ini banyak dikuasai oleh pemain pemain senior. Malah Roeland lebih gemar mempertaruhkan gandingan Nik Aiman, Faizal dan Syafiq Sumantri dalam usaha melihat keserasian gandingan baru buat skuad negara.

Malah jika dilihat pada minit yang diberi kepada pemain pemain muda seperti Arif, Luqman dan Azrai, jelas Roeland lebih bnyk memikirkan perjuangan masa depan berbanding keputusan semasa di Ipoh. Malah Azrai menjadi sebutan di kalangan peminat peminat di Ipoh apabila mempamerkan permainan yang cukup matang.

Jelas jika diukur dari keputusan keseluruhan tempat ke tiga bukan lah satu keputusan yang cukup baik buat skuad negara namun jika dipandang dari satu sudut masa depan skuad negara keberanian Roeland mempertaruhkan gandingan pemain pemain muda dan baru boleh dikatakan mampu memberi sinar masa hadapan skuad negara.

Bagi yop mudah, jika KPI yang diletakkan buat Roeland adalah layak ke olimpik, sama sama kita nantikan sama ada Roeland berjaya atau tidak di bumi Malaysia. Buat masa ini Yop lebih gemar meletakkan berdasarkan apa yang dipamerkan di Ipoh minggu lalu, ada sinar buat skuad negara di masa hadapan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top