Home / Kejohanan / Antarabangsa / Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Malaysia Bangkit

Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Malaysia Bangkit

Razie Rahim meraikan jaringan ke dua buat skuad negara bersama rakan sepasukan. Foto Oleh : Shah Bekson

Artikel oleh : Meor Abdullah Syamim

Ipoh, 29 Mac 2019 ; Skuad hoki negara kembali mencatatkan kemenangan selepas berjaya menundukkan pasukan ranking ke-10 dunia, Kanada pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah 2019 di Ipoh, sebentar tadi.
Aksi separuh masa pertama di Stadium Azlan Shah nyata menghiburkan apabila lima gol terhasil pada 30 minit awal. 


Namun, lima jaringan yang terhasil itu kekal hingga tamat permainan.
Penyokong negara melonjak kegembiraan pada minit ke-6 selepas Firhan Ashari bijak menggunakan kesempatan keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Kanada untuk menolak mudah bola bagi membuka tirai jaringan.
Muhammad Razie Abdul Razie hampir menambah jaringan kedua buat skuad negara, namun pukulan sudut penalti yang diledakkannya berjaya ditepis keluar penjaga gol, David Carter.


Gordon Johnston memadam kelebihan skuad negara pada minit ke-15 menerusi pukulan sudut penalti yang tidak mampu dihalang penjaga gol negara, Muhamad Zaimi Mat Deris. 
Razie kembali meletakkan Malaysia di hadapan berselang dua minit selepas perlawanan suku kedua bersambung hasil pukulan sudut penalti yang mencari sasaran bahagian kaki kiri Carter.
Kelebihan tersebut hanya kekal lima minit setelah Johnston sekali lagi meledakkan pukulan sudut penalti yang mirip jaringan pertamanya pada minit ke-22.


Permainan bertambah menarik berselang seminit kemudian selepas Fitri Saari menyempurnakan pukulan penalti stroke bagi menjadikan kedudukan 3-2.
Faizal Saari terlepas dua peluang terbaik baik melebarkan kelebihan jaringan buat skuad negara apabila percubaan kilas dilakukan pada minit ke-53 dan 58 sekadar terkena tiang gol.
Kedudukan 3-2 kekal tersebut kekal hingga tamat permainan untuk menghadiahkan kemenangan ketiga buat skuad bimbingan Roelant Oltmans.
Malaysia akan sekali lagi bertemu Kanada dalam perebutan tempat ke-3/4 pada perlawanan yang berlangsung jam 6.05 petang esok.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top