Home / Kejohanan / Antarabangsa / Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Ngauman Faizal

Piala Sultan Azlan Shah 2019 : Ngauman Faizal

Artikel oleh Meor Abdullah Syamim

Faizal Saari meraikan jaringan bersama rakan sepasukan dalam pertemuan pertama bertemu Poland malam tadi : Foto oleh Shah Bekson

Ipoh , 23 Mac 2019 ; Skuad hoki negara memulakan saingan Piala Sultan Azlan Shah 2019 dengan bergaya selepas berjaya membelasah Poland 5-1 di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi. 
Walaupun berdepan lawan yang memiliki kelebihan fizikal, skuad negara lebih banyak memecah masuk kubu pasukan ditangga ke-21 ranking dunia itu.
Ia terbukti apabila dua percubaan kilas daripada Faizal Saari dan Meor Muhamad Azuan Hassan berjaya menghadirkan ancaman.
Namun, penjaga gol Poland, Maciej Pacanowski lebih bersedia bagi menafikan percubaan tersebut.
Aksi di suku kedua jelas menghiburkan ribuan peminat setia hoki negara apabila tiga jaringan berjaya dihasilkan anak buat Roelant Oltmans itu.
Faizal Saari membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi pukulan sudut penalti yang terus menerjah pintu gol Poland.
Poland terlepas dua peluang terbaik selepas ketua pasukan, Pawel Bratkowski melakukan percubaan tersasar hasil pukulan sudut penalti di minit ke-22.
Seminit kemudian, Mateusz Hulboj yang mencipta gerakan menarik di sebelah kanan pintu gol negara turut melepaskan pukulan tersasar walaupun hanya berhadapan penjaga gol, Hairi Rahman.
Tidak tenggelam akibat dua serangan tersebut, skuad negara memperbaiki corak persembahan dan menambah jaringan kedua menerusi jaringan padang oleh Fitri Saari.
Berpunca daripada keadaan kucar-kacir dihadapan pintu gol Poland, Fitri melakukan pukulan kemas tanpa mampu dihalang Pacanowski.
Hanya selepas dua minit jaringan dicipta adiknya, Faizal menjadikan kedudukan 3-0 menerusi satu lagi pukulan sudut penalti untuk gol kedua peribadi buat beliau. 
Poland berjaya merapatkan kedudukan sebelum melangkah ke bilik persalinan selepas Michal Kasprzyk menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-30.
Skuad negara terus mempamerkan kegarangan setelah Mohd Ashran Hamsani pula meletakkan nama selaku penjaring gol keempat.
Pemain yang pernah beraksi di Liga Hoki Scotland itu menggunakan kesempatan kelam-kabut dihadapan pintu gol susulan pukulan sudut penalti pada minit ke-35. 
Pesta jaringan skuad ‘Speedy Tigers’ diteruskan berselang sepuluh minit kemudian dan lebih manis apabila Faizal Saari melengkapkan hatrik pada malam ini.
Jaringan tersebut juga terhasil menerusi pukulan sudut penalti selepas Muhammad Razie Abdul Rahim melakukan acahan dan kemudiannya membuka ruang buat Faizal meledakkan jaringan kelima skuad negara.
Kemenangan besar yang diraih malam ini pasti akan meningkatkan moral skuad negara menjelang pertemuan kedua menentang Jepun, jam 8.35 malam esok.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top