Home / Kejohanan / Piala TB 2018 : TNB Kejutkan KLHC

Piala TB 2018 : TNB Kejutkan KLHC

Akhimullah menjadi pemusnah buat KLHC apabila menjaringkan gol ke 3 buat pasukan TNB

Kuala Lumpur, 4 Februari 2018 ; KLHC yang masih terluka ekoran kegagalan mempertahanka Piala Liga TNBMHL 2018 tempoh hari terus dilukai apabila menerima kejutan tunduk di tangan TNB 2-3  dalam perlawanan pertama peringkat Separuh Akhir Piala TNB 2018 malam tadi.

Muhammad Noor Firdaus Rosdi meletakkan TNB di depan minit ke-26 menerusi jaringan padang sebelum tonggak skuad kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil menyempurnakan penalti stroke minit ke-35.

Bagaimanapun seminit kemudian, Muhammad Hafizuddin Zaidi merapatkan jurang selepas memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan TNB.

Mohamad Akhimullah Anuar Esook kembali mengukuhkan kedudukan TNB dengan jaringan padang minit ke-55.

Lee Nam Yong merapatkan jurang untuk KLHC dengan jaringan padang seminit sebelum tamat perlawanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top