Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Politeknik padu, BAKAT MSK lesu

Politeknik padu, BAKAT MSK lesu

Penjaga gol Bakat MSK terpaksa bekerja keras dalam pertemuan menentang Politeknik KPM sebentar tad

Penjaga gol Bakat MSK terpaksa bekerja keras dalam pertemuan menentang Politeknik KPM sebentar tad

Bukit Jalil, 21 Februari 2014: Politeknik KPM berjaya membelasah pasukan BAKAT MSK dengan jaringan 8-0 sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam pertemuan play off Kumpulan Y. Dengan kemenangan ini, Politeknik KPM mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati piala milo dan seterusnya melayakkan mereka untuk beraksi di div 1 musim depan.

Petang gemilang mereka ini bermula melalui 2 jaringan awal Ashran Hamsani pada minit ke 3 dan 21.Kamarul Ariffin Kamaruddin menambah derita BAKAT MSK pada minit ke 28 sebelum Luqman Nur Hakim Saiful menjadikan kedudukan 4 – 0 5 minit kemudian bagi melengkapkan separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua Politeknik KPM melengkapkan malam gemilang mereka dengan menambah 4 gol lagi melalui Ain A. Rahman (minit ke 42), Mohd Firdaus Fauzi ( minit ke  52) , Muhd Fareez Rasidi (minit ke  53) dan Zairy Zulkarnain pada minit ke 60.

Kemenangan ini juga menjadikan perjuangan BAKAT MSK musim ini berakhir dan seterus nya mereka gagal untuk beraksi di div 1 musim depan.

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top