Home / Kejohanan / Antarabangsa / Prebiu : Misi Tundukkan Kanada

Prebiu : Misi Tundukkan Kanada

Rehat 2 hari yang dinikmati oleh skuad negara harus digunakan sebaiknya oleh para pemain apabila bakal turun beraksi malam ini berdepan Kanada dalam aksi ke-4 saingan Piala Sultan Azlan Shah 2016.

Para pemain pastinya berada di tahap kecergasan terbaik apabila perlawanan terakhir yang dilalui mereka adalah pada hari Sabtu lepas apabila berdepan Australia yang menyaksikan skuad negara terpaksa berputih mata dengan kekalahan 1-5 dutangan pasukan ranking pertama dunia itu.

Lawan yang bakal ditentang malam ini adalah Kanada yang kini menghuni tangga ke-4 carta liga. Kanada yang sudah beraksi 4 perlawanan hanya dibezakan melalui perbezaan jaringan berbanding skuad negara yang turut memungut 4 mata, namun skuad bimbingan Stephen van Huizen itu baru beraksi 3 perlawanan.

Melihat prestasi serta keupayaan diatas kertas, kedua-dua pasukan dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang.Hujah ini diperkuatkan lagi apabila Malaysia berada di tangga ke-13 manakala Kanada di kedudukan ke-14.

Hanya kelebihan tampak sedikit berpihak kepada skuad negara kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri yang begitu bersemangat dalam memberikan sokongan buat pasukan tuan rumah. Sambutan hangat para penyokong di Ipoh jelas membarakan semangat para pemain untuk beraksi dengan sepenuh jiwa demi kemenangan skuad negara.

Ketajaman ledakan ketua pasukan, Razie Rahim yang kini sudah mencetak 4 gol menerusi pukulan sudut penalti pasti terus ditagih bagi menghadirkan kemenangan kedua buat Malaysia Speedy Tigers. Barisan pertahanan pula perlu lebih berwaspada dengan serangan pantas dari lawan yang bakal menjadi ancaman skuad negara.

Diharapkan warga Perak khususnya dapat terus memberikan sokongan padu buat Razie Rahim dan rakan sepasukan yang beraksi di Stadium Azlan Shah malam ini. Mereka sangat memerlukan sokongan dari para enyokong. Doa serta harapan seluruh pencinta hoki sentiasa bersama para pemain. Semoga berjaya.

About Meor Abdullah Syamim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top