Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Berita / Preview Perlawanan Pilihan MJHL2014 Minggu ini

Preview Perlawanan Pilihan MJHL2014 Minggu ini

Mampu Kah UniKL Young Guns mencipta kejutan minggu ini?

Mampu Kah UniKL Young Guns mencipta kejutan minggu ini?

Pertemuan Thunderbolt dan Unikl Young Guns di padang 2 stadium nasional Bukit Jalil sabtu ini pasti nya akan menjadi perhatian semua peminat peminat hoki tanah air. Thunderbolt hadir ke kuala lumpur dgn reputasi 3 perlawanan tanpa tewas serta rekod 19 jaringan cukup untuk menghadir kan gerun pada pasukan UniKL Young Guns.

Kelebihan Thunderbolt pastilah melalui pukulan sudut penalty mereka dimana 9 gol telah berjaya dihasilkan oleh mereka musim ini dengan nama Muhamad Aminudin Mohd Zain pastilah menjadi sebutan dibibir peminat mereka. Pemain ini telah berjaya menyempurnakan sebanyak 5 pukulan sudut penalty. Selain itu penyudah penyerang berbakat besar Muhammad Sufi Ismat Rohulamin pasti akan menjadi taruhan utama skuad dari selatan ini.

Namun seperti juga Thunderbolt pasukan UniKL juga hadir dgn rekod tanpa tewas dlm 2 perlawanan mereka musim ini. Jika Thunderbolt berbangga dengan tajam nya serangan mereka UniKL pula hadir dengan reputasi mempunyai barisan pertahanan paling ampuh buat masa ini dengan rekod tanpa melepaskan sebarang jaringan gol musim ini.

Selain rekod cemerlang dibarisan pertahanan barisan penyerang mereka juga tidak boleh dipandang enteng oleh pasukan Thunderbolt. Rekod 8 jaringan dari 2 perlawanan cukup untuk menceritakan betapa bernafsunya barisan hadapan skuad yg diberi jolokan the Young Guns ini. Gandingan mantap Rafizul Ezry dan Mohammad Hafif Elkan pastinya akan menghadirkan resah pengendali skuad Thunderbolt.

Adakah mampu skuad UniKL Young Guns ini mampu memadam ego pasukan SSTMI Thunderbolts?? Sama sama kita nantikan pertemuan mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu ini.

Prediction Arena Hoki Malaysia : UniKL Young Guns 1-3 SSTMI Thunderbolt

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top