Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / Pulau Pinang “Haria” PDRM

Pulau Pinang “Haria” PDRM

Hatrik Nur Izwana Bt Ahmad Tajuddinberjaya julang Penang Juniors benam PDRM

Hatrik Nur Izwana Bt Ahmad Tajuddin berjaya julang Penang Juniors benam PDRM

Bukit Jalil, 1 Ogos 2015; Penang Juniors membuktikan kehadiran mereka tahun ini di dalam Kejohanan TNBMHL2015 wanita perlu diberi perhatian oleh pasukan pasukan lain apabila mengejutkan pasukan pilihan PDRM 4-1 dalam pertemuan pertama TNBMHL 2015 wanita petang semalam di stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Biarpun begitu PDRM lebih dulu membuka jaringan apabila pemain kelahiran Sarawak Suzanne Anak Majang berjaya membuka jaringan seawal minit pertama. Gol itu seolah olah seperti amaran awal oleh pasukan PDRM. Namun biarpun Penang Juniors yang dibarisi pemain pemain di bawah umur 18 tahun berjaya mengawal kembali permainan dan sering melancarkan serangan yang lebih tersusun ke arah gawang pasukan PDRM. Usaha mereka berhasil apa Nur Izwana berjaya memecah kebuntuan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 26 perlawanan. Gol itu menaikan semangat lagi anak anak muda dari Pulau Mutiara ini apabila Nur Shuhada Bt Mohd Razali berjaya memperdaya penjaga gawang PDRM Nurfarahin Bt Sudin bagi gol ke dua pasukan Penang Juniors.

Ketika kebangkitan PDRM yang di jangka kan di separuh masa kedua menjadi kenyataan, Penang Juniors membuktikan bahawa perlawanan ini adalah milik mereka apabila berjaya menambah 2 lagi jaringan di separuh masa kedua. Gol Nur Izwana di minit ke 47 dan 66 bukan sahaja melengkapkan kemenangan pasukan Penang Juniors tetapi berjaya melengkapkan hatrik pertama pemain wanita di dalam kejohanan tahun ini.

Kemenangan ini membolehkan Penang Juniors berkongsi mata dgn juara musim lalu ATM di dalam kumpulan A. Penang Juniors akan turun bertemu ATM di Stadium Hoki Tun Razak petang ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top