Home / Kejohanan / Antarabangsa / Ramuan Dharma

Ramuan Dharma

Sas

Adunan pemain muda dan senior menjadi ramuan utama jurulatih negara Muhammad Dharma Raj Abdullah bagi kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang akan bermula khamis ini. Biarpun sasaran MHC sekurang kurang nya di tempat ke 3 namun keyakinan yang tinggi oleh jurulatih negara jelas terzahir apabila senarai 18 pemain diumumkan semalam.

Namun, ianya bukan lah angan angan kosong kerana pemain pemain muda ini telah membuktikan mereka mampu bersaing apabila mempamerkan kecemerlangan ketika kejohanan piala dunia remaja hujung tahun lalu malah boleh dikatakan pemain pemain seperti Firhan Ashaari, Fitri Shaari, Izad Hakimi serta Faiz Helmi Jali bukan lah asing dalam skuad utama negara di zaman kejurulatihan Paul Revington lagi. Nama nama pemain remaja ini sudah pun cukup besar untuk bersama skuad negara. Namun karekter serta mental mereka akan benar benar diuji kerana padang yang mereka turun nanti tidak sama seperti padang yang mereka biasa pamerkan persembahan sebelum ini.

Medan Piala Sultan Azlan Shah ini dilihat satu medan ujian terbaik buat pasukan negara ia juga dilihat sebagai persediaan yang cukup sempurna buat jurulatih negara menilai adakah pemain pemain ini layak untuk dipilih ke medan tempur Piala Dunia Jun nanti. Pemain pemain muda ini juga akan dinilai sama ada mereka sudah pun bersedia untuk berjuang bersama sama dengan pemain pemain yang lebih berpengalaman nanti.

Jika dilihat pada senarai pemain dan juga keyakinan yang amat tinggi oleh jurulatih tidak mustahil skuad ini mampu mencapai impian malah keyakinan peminat hoki negara amat tinggi ketika ini dan tidak salah jika dikatakan ramai yang berkeyakinan skuad ini mampu ke pentas akhir sekali lagi.

Ayuh pemain negara.. siapa pun yang hadir kita akan langgar. Anda mampu lakukan. Ayuh peminat semua.. kita hadir di gelanggang keramat kita di Ipoh untuk setia bersama di belakang pasukan negara. Hadirkan gerun pada pemain lawan dan buktikan Penyokong Malaysia mampu cemerlang menjadi pemain ke 12.

Malaysia Boleh!!!!

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top