Home / Kejohanan / Razak Cup 2019 : Bersinarkah Tanpa “Bintang”

Razak Cup 2019 : Bersinarkah Tanpa “Bintang”

Perak juara musim lalu pasti akan lebih tertekan kehilangan 6 pemain bintang yang menyarung jersi pasukan Kebangsaan

Bukit Jalil,19 September 2019 : Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2019 akan membuka tirai nya tepat jam 8 pagi esok yang akan dimulakan dengan perlawanan kategori wanita. Kejohanan yang menemukan pasukan pasukan negeri ini sepatut nya pasti mampu menarik peminat peminat hoki seluruh negara untuk sama sama menikmati permainan terbaik pasukan pasukan yang bertanding.

Juara wanita musim lalu Kuala Lumpur tetap menjadi pasukan pilihan untuk mengungguli sekali lagi musim ini.

Namun biarpun menghimpunkan pemain pemain hoki terbaik seluruh negera, kejohanan ini sekali lagi “TERPAKSA” dipertandingkan tanpa pemain pemain kebangsaan bagi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita pula kelibat pemain pemain yang sedang berkelana pasti akan dirindui oleh pasukan pasukan mereka disini.

Pemain muda negara Amirul Hamizan Azhar pasti menjadi taruhan buat pasukan Pulau Pinang

Jika dilihat pada senarai pemain pemain yang dipertaruhkan kali ini jelas kelihatan pasukan pasukan ini mula berani dengan lebih ramai pemain pemain muda dipertaruhkan dan “kuda kuda tua” tidak lagi menjadi pilihan. Ini jelas dapat diperlihatkan apabila Perak sanggup memanggil penjaga gol berusia 18 tahun bagi digandingkan bersama penjaga gol veteran mereka Roslan Jamaluddin bagi kejohanan kali ini. Malah kalau dilihat secara keseluruhan pasukan, pemain pemain remaja “Thunderbolts” yang mengungguli kejohanan liga hoki remaja kebangsaan tempoh hari menjadi pilihan utama di pasukan negeri masing masing.

Biarpun di satu sudut kita melihat kemeriahan kejohanan tertua negara ini sedikit terencat dek kerana ketiadaan pemain pemain kebangsaan namun disatu sudut positif nya ini lah peluang pemain pemain muda negara untuk menonjolkan diri mereka agar mula diberi perhatian oleh pasukan senior negara. Ayuh semua kita gegarkan Stadium Bukit Jalil sehingga 28 September ini bagi merancakkan dan menghangatkan lagi kejohanan berprestij ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top