Home / Kejohanan / Razak Cup 2019: KL Mara, Perak harap tiada “PAKATAN”

Razak Cup 2019: KL Mara, Perak harap tiada “PAKATAN”

Pemain veteran Perak meraikan jaringan ke 3 buat pasukan Perak dalam pertemuan menentang PDRM malam tadi.

Kuala Lumpur, 24 September 2019; Kemenangan bergaya pasukan Perak menundukkan PDRM 5-2 dalam pertemuan terakhir Kumpulan A di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi masih belum cukup untuk memberi kelegaan buat pasukan Perak untuk layak ke Separuh Akhir Piala Tun Abdul Razak musim ini. Pasukan Perak perlu menunggu perlawanan Melaka dan Johor malam ini bagi menentukan siapakan pasukan dari kumpulan A yang akan beraksi dipentas separuh akhir. Dan secara matematik nya Perak mengharapkan Melaka dan Johor tidak “berpakat” untuk seri dan seterusnya akan meranapkan impian juara musim lalu ini untuk ke peringkat seterusnya.

Perak masih mengharapkan pemain veteran mereka Hafifi Hafiz untuk merobek gawang lawan

Menyedari hanya kemenangan dengan kelebihan 3 gol sahaja yang mampu memberi nafas buat pasukan Perak, Perak mempamerkan permainan lebih kemas sebaik wisel permulaan dibunyikan. Malah perubahan posisi menggandingkan Azlan Misron dan Hafifi Hafiz dibahagian hadapan telah membuahkan hasil apabila Hafifi berjaya menjaringkan hatrik menerusi 2 gol padang diseparuh pertama dan satu gol lagi diseparuh masa kedua. Manakala dua gol lagi terhasil menerusi Azlan Misron dan Mohamad Fahmi di separuh masa kedua. Gol PDRM dihasilkan menerusi Baljit Singh dan Muhamad Rahimi.

Dalam satu lagi pertemuan, Terengganu membuka kembali peluang untuk layak ke separuh akhir apabila bangkit dari kekalahan tempoh hari untuk mencatat kemenangan pertama menundukkan Pulau Pinang 5-1. Lebih manis lagi penyerang muda yang sedang meningkat naik Mohamad Akhimullah menyumbang 4 gol manakala satu lagi jaringan oleh Syamiru Aiman bagi melengkapkan kemenangan penuh bergaya pasukan Terengganu.

Sementara itu Kuala Lumpur mengesahkan tempat ke separuh akhir apabila mencatat kemenangan ke dua menundukkan Pahang 3-2 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top