Home / Kejohanan / Razak Cup 2019 : Melaka, Johor Sama Hebat

Razak Cup 2019 : Melaka, Johor Sama Hebat

Pakar pukulan sudut penalti Melaka Firdaus Omar meledak 4 gol bagi membantu Melaka mengikat Johor 5-5

Kuala Lumpur, 24 September 2019 : Melaka dan Johor membuktikan kehebatan mereka apabila saling terikat 5-5 dalam pertemuan terakhir kumpulan A malam tadi dan seterus nya layak ke peringkat separuh akhir Jumaat ini. Kejayaan ini membuatkan Perak terpaksa berputih mata untuk tidak layak ke Separuh Akhir buat kali pertama dalam tempoh 6 tahun.

Lebih manis lagi, Firdaus Omar membuktikan beliau adalah salah seorang pakar pukulan sudut penalti negara apabila berjaya meledak 4 dari 5 pukulan sudut penalti Melaka dan seterus nya meletakkan nama beliau kini boleh dikatakan sebaris dengan pakar pukulan sudut penalti negara. Satu gol lagi buat pasukan Melaka disumbangkan oleh Amirullah Zainol. Manakala bagi pasukan Johor gol gol mereka disumbangkan oleh Amirul Firdaus,Mohd Kamarulzaman,Shello Silverius,Muhammad Saifuddin dan Muhajir Abdul Rauf.

Kekentalan pertahanan Terengganu yang diketuai Luqman Nur Hakim berjaya membantu Terengganu untuk layak ke Separuh Akhir

Sementara itu Terengganu berjaya mengiringi Kuala Lumpur untuk layak ke Separuh akhir apabila berjaya menundukkan Pahang 2-1 dalam pertemuan terakhir kumpulan B petang tadi. Gol dari Akhimullah dan Mohamad Syazwi Rani sudah cukup untuk memberi 3 mata buat pasukan Terengganu biarpun Pahang berjaya merapatkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Arif Syafie.

Terengganu yang mengiringi Kuala Lumpur dalam kumpulan B akan berdepan cabaran pasukan Johor manakala Kuala Lumpur akan berdepan pasukan Melaka dalam pertemuan Separuh Akhir Jumaat ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top