Home / Kejohanan / Razak Cup 2019 Wanita : PDRM,Kuala Lumpur Langkah Kanan Dalam Jerebu

Razak Cup 2019 Wanita : PDRM,Kuala Lumpur Langkah Kanan Dalam Jerebu

Pemain Pemain PDRM meraikan jaringan kedua menerusi pukulan sudut penalti Fazilla diminit ke 39 perlawanan.

Bukit Jalil,20 September 2019; Biarpun cuaca jerebu yang melanda negara, ia nya tidak menghalang PDRM untuk membuka langkah kanan dalam pemburuan menjulang Piala Tun Abdul Razak musim ini apabila menjadikan Johor mangsa pertama mereka dalam pertemuan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Jaringan Hasliza Ali,Fazilla dan Nur Baini sudah cukup buat pasukan PDRM tersenyum lebar apabila siren penamat dibunyikan.

PDRM tidak menunggu lama untuk lebih dulu membuka jaringan apabila ketua pasukan mereka Hasliza Ali berjaya menewaskan pertahanan lawan diminit ke 12 perlawanan. Johor yang tersentak dengan jaringan tersebut mula memperkemaskan lagi perlawanan dan mula melancarkan serangan menerusi pemain harapan mereka Siti Zulaikha Hussein. Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Siti Zulaikha membalas kepercayaan pengurusan Johor menerusi jaringan padang beliau diminit yang ke 30 perlawanan.

Siti Zulaikha meraikan jaringan penyamaan buat pasukan Johor.

Namun pengalaman jelas membezakan kedua dua pasukan apabila masuk ke separuh masa kedua. PDRM yang semakin memperkemaskan lagi permainan mula menunjukkan rentak sebenar mereka dan ini terbukti apabila berjaya menambah 2 lagi jaringan menerusi pukulan sudut penalti Fazilla di minit ke 39 dan jaringan padang bekas pemain kebangsaan Nur Baini Hashim diminit ke 52 perlawanan bagi melengkapkan kemenangan pertama buat pasukan PDRM.

Dalam satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur tidak menghadapi masalah apabila mudah membenam cabaran Pulau Pinang 5-0. Kuala Lumpur mudah mendahului 4-0 di separuh masa pertama sebelum menambah satu lagi jaringan di hujung separuh masa kedua bagi melengkapkan kemenangan penuh bergaya mereka dihari pertama kejohanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top