Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Razie Ceria kan KLHC di Puncak Liga

Razie Ceria kan KLHC di Puncak Liga

Razie Rahim membuktikan kehadiran beliau membuahkan hasil apabila menghadirkan dua gol buat pasukan KLHC

Razie Rahim membuktikan kehadiran beliau membuahkan hasil apabila menghadirkan dua gol buat pasukan KLHC

​Kuala Lumpur, 9 September 2016; Kehadiran semula ketua pasukan kebangsaan, Muhammad Razie Rahim dalam skuad Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) membantu pasukan tersebut kembali merampas kedudukan di takhta Liga Premier TNB MHL 2016 apabila menewaskan pendahulu sebelum ini, Sapura dengan keputusan 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta.
Razie yang mengepalai barisan pertahanan KLHC bersama Sukri Mutalib bertindak cemerlang mematahkan serangan yang dijana Sapura terutamanya melalui Firhan Ashari. Disamping itu, ketiadaan Muhammad Marhan Jalil juga turut menganggu aksi Sapura pada perlawanan ini.

KLHC yang turut kembali diperkuatkan dengan kehadiran Nabil Fiqri Mohd Nor menampilkan permainan agresif sebaik sahaja perlawanan dimulakan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-12 apabila Razie menyempurnakan pukulan sudut penalti yang diperoleh.

Ketika perlawanan di suku kedua menghampiri penghujung, Razie sekali lagi mempamerkan bisa beliau dengan jaringan peribadi kedua juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-30.

KLHC terus menambah jaringan berpunca dari kawalan menarik dari Muhammad Umar Bhutta yang bijak melorongkan bola kepada Haziq Samsul yang menolak masuk bagi jaringan ke-3 buat skuad bimbingan Harun Al-Rashid itu.

Kemenangan ini membolehkan KLHC merampas kedudukan puncak liga dari Sapura dengan kelebihan 2 mata.

Sementara itu dalam dua lagi perlawanan yang berlangsung THT berjaya menundukkan Maybank 5-2 manakala UniKL mengejutkan finalis Piala Tan Sri P Alagendra TNB dengan jarimgan 3 – 0.

About Meor Abdullah Syamim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top