Home / Berita & Artikel / Saiful perkuat barisan kejurulatihan ke Belgium

Saiful perkuat barisan kejurulatihan ke Belgium

 

JEP_8409

Jurulatih TNB Nor Saiful Zaini dilantik sebagai penolong jurulatih negara ke World League 2015

Bukit Jalil,18 Mei 2015; Desas desus barisan kejurulatihan negara yg akan membawa cita cita negara utk layak ke Olimpik 2016 akhir nya terjawab apabila Presiden MHC yang baru dilantik Dato Seri Subahan Kamal mengumumkan barisan impian tersebut dalam Press Conference pertama beliau kelmarin.

Barisan ini di pilih setelah kepimpinan MHC duduk semeja bersama pemain pemain negara sebelum pengumuman ini dibuat. Tan Beng Hai yang dikatakan menduduki kerusi panas ketua jurulatih negara di kekal kan sehingga tamat kejohanan world league di Belgium ini manakala jurulatih dari Australia Hawgood turut di kekal kan sebagai Technical Consultant buat pasukan negara sehingga kontrak beliau tamat Jun ini. Kedudukan pengurus pasukan negara yang telah di kosongkan oleh Dato Nur Azmi tempoh hari menjadi milik penolong jurulatih sebelum ini Stephen Van Huizen manakala kekosongan tempat yg ditinggalkan beliau akan di isi oleh bekas lagenda negara NorSaiful Zaini.

Mengulas mengenai lantikan tersebut, Dato Seri Subahan Kamal menjelaskan beliau hanya menambah baik struktur sedia ada dan tidak membuat perubahan drastik bagi memastikan segala perancangan awal tidak tergendala. Malah kata beliau, beliau yakin dengan barisan sedia ada ini mampu menggalas cabaran negara di sana dan seterus nya melayakkan diri ke Olimpik tahun hadapan. Namun di sebalik perkara tersebut di lihat kemungkinan besar perlantikan Saiful lebih bagi membantu Beng Hai bukan saja dari sudut teknikal dan strategi tapi juga dari sudut disiplin pemain. Semoga struktur kejurulatihan ini mampu menggapai impian ke Rio 2016

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top