Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Sallehin Julang Thunderbolt

Sallehin Julang Thunderbolt

Pemain pemain TNB meraikan jaringan ketua pasukan Sallehin Abd Ghani

Pemain pemain TNB meraikan jaringan ketua pasukan Sallehin Abd Ghani

Bukit Jalil, 19 September 2015; Jaringan Sallehin Abdul Ghani di minit ke 66 sudah cukup buat bekas juara piala presiden 2013 TNB Thunderbolt untuk sekali lagi menjulang piala tersebut setelah berjaya menundukkan pasukan pilihan UITM 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

TNB Thunderbolt yang menyedari lawan final mereka kali ini merupakan pasukan pilihan kejohanan tampil dengan corak yang lebih tersusun sebaik wisel permulaan di bunyikan. UITM yang masih segar dengan kejuaraan liga div 1 tempoh hari di lihat lebih banyak bertahan di awal babak pertama perlawanan. Gol pembukaan akhir nya hadir buat pasukan TNB Thunderbolt apabila Muhammad Hanif Bin Azemi membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 23 perlawanan. Gol itu merancakkan lagi perlawanan dengan kedua dua pasukan mula saling berbalas serangan namun sering dihampakan oleh kekentalan barisan pertahanan lawan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

UITM yang sedang ketinggalan mula mempamerkan permainan pantas sebaik separuh masa kedua bermula dan mereka tidak perlu menunggu lama apabila pakar pukulan sudut penalti mereka Abdul Rauf Bin Mohd Nazri berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti sebaik 3 minit perlawanan separuh masa kedua dimulakan. Gol itu menyemarakkan lagi perlawanan dengan UITM mula mengawal permainan manakala TNB dilihat lebih mengamalkan corak serangan balas yang pantas. Ketika ramai pemerhati menyangka kan perlawanan akan di heret ke penentuan pukulan penalti, ketua pasukan TNB Thunderbolt Mohd Sallehin B. Abdul Ghani menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti ketika permainan hanya berbaki 4 minit sahaja sebelum ditamatkan. Jelas 4 minit tersebut masih belum cukup buat UITM menyamakan kedudukan dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan bagi TNB Thunderbolt menjulang Piala Presiden TNBMHL 2015. Lebih manis lagi buat kem TNB Thunderbolt apabila Mohd Sallehin B. Abdul Ghani di anugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir manakala Muhammad Luqman Hakim B. Mohamad Asri dianugerahkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pasukan UITM meraikan kejuaraan liga Div 1 TNBMHl 2015

Pasukan UITM meraikan kejuaraan liga Div 1 TNBMHl 2015

Biarpun tewas di perlawanan akhir Piala Presiden pasukan UITM tidak pulang dengan tangan kosong musim ini apabila kejuaraan liga Div 1 TNBMHL 2015 telah menjadi milik mereka. Malah aksi tangkas penjaga gol mereka Muhammad Fitri Bin Jasni telah berjaya memikat panel juri apabila dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

Anugerah dan Pencapaian:

Liga Div 1

Juara: Universiti Teknologi MARA (RM20,000)

Naib Juara: ATM Airod (RM15,000)

Ketiga: TNB Thunderbolt (RM7,000)

Ke Empat: Majlis Bandaraya Ipoh (RM3,000).

Fairplay Trophy: MSNT-THT (RM2,000)

 

Piala Presiden:

Juara: TNB Thunderbolt  (RM30,000)

Naib Juara: UITM (RM20,000)

Ke 3: Ipoh City Council (RM10,000)

Ke 4: ATM Airod (RM5,000)

Man of the Match: Mohd Sallehin Abdul Ghani (TNB Thunderbolt) – RM1,000

Best Goalkeeper: Muhamad Fitri Jasni (UITM) – RM1,000

Top Scorer:  Arshad Repikhali (Ipoh City Council) – RM1,000

Best Player of the Tournament: Mohd Luqman Hakim (TNB)

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top