Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Sapura Ikat KLHC

Sapura Ikat KLHC

Pemain Sapura Faiz Helmi Jali cuba melepaskan diri dari kawalan ketat pemain KLHC Shukri Mutalib dan Waseem Ahmad

Pemain Sapura Faiz Helmi Jali cuba melepaskan diri dari kawalan ketat pemain KLHC Shukri Mutalib dan Waseem Ahmad

Bukit Jalil, 07 Ogos 2015; Gelaran selaku juara piala sumbangsih jelas tidak mendatangkan kegerunan buat pasukan yang berbelanja besar musim ini Sapura apabila berjaya mengikat KLHC 3-3 dalam pertemuan TNBMHL 2015 malam tadi.

Ramalan awal yang menjangka kan perlawanan pantas dan menarik jelas menjadi kenyataan apabila kedua dua pasukan mempamerkan aksi yang bermutu tinggi didalam perlawanan ini. Namun Sapura lebih dulu membuka jaringan apabila Norsyafiq Bin Sumantri berjaya menewaskan bekas penjaga gol terbaik TNBMHL 2013 Roslan Jamaluddin di minit ke 3 perlawanan. Gol awal itu jelas membangkitkan lagi kepantasan perlawanan apabila kedua dua pasukan saling berbalas serangan selepas jaringan tersebut. Usaha KLHC yang berterusan mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila ketua pasukan mereka Razie Rahim berjaya menyamakan kedudukan di minit ke 14 perlawanan. Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila seminit selepas itu,pemain import Sapura dari Pakistan Muhammad Imran berjaya merobek gawang KLHC menerusi pukulan sudut penalti. KLHC yang dibarisi oleh pemain pemain berpengalaman jelas tidak panik apabila sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan apabila Rashid Baharom berjaya memperdaya barisan pertahanan Sapura di minit ke 19 perlawanan. Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Perlawanan kembali rancak diseparuh masa kedua apabila kedua dua pasukan jelas cuba mencari gol bagi menjamin kemenangan didalam perlawanan ini. Dalam kerancakan berbalas serangan pemain import KLHC dari Pakisan Muhammad Umar Bhutta berjaya menjaringkan gol padang di minit ke 37 perlawanan. KLHC cuba mempertahankan sedikit perlawanan bagi mempertahankan kedudukan tersebut namun kehilangan bola di kawasan tengah perlawanan pada minit ke 48 telah dihukum oleh Faridzul Afiq Bin Mohd apabila berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Biarpun kedua dua pasukan terus berusaha mencari gol kemenangan namun kekebalan benteng kedua dua pasukan menjadi penghalang buat kemenangan dan seterusnya terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top