Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Sapura KLHC Berentap

Sapura KLHC Berentap

_sha8354

Kuala Lumpur ,19 September 2016; Sapura mahu menebus kekecewaan gagal meraih kejuaraan Liga Premier dengan cuba untuk mara ke pentas final Piala TNB, Liga Hoki Malaysia sekali gus memenangi piala berprestij itu.
Bagaimanapun, skuad bimbingan Yahya Atan itu berdepan tugas getir apabila diundi bertemu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada saingan separuh akhir yang berlangsung secara timbal balik bermula Rabu ini.
Rekod dua perlawanan liga bertemu KLHC menyaksikan tidak memihak kepada Sapura apabila tewas kedua-dua perlawanan itu.
Namun Yahya berharap segala kesilapan yang dilakukan barisan pemainnya dalam kedua-dua perlawanan itu dapat diatasi apabila bertemu KLHC pada saingan separuh akhir nanti.
“Barisan pemain melakukan banyak kesilapan terutamanya memberikan pukulan sudut penalti semasa kedua-dua perlawanan itu.
“Saya berharap segala kelemahan dan kesilapan tidak diulangi lagi. Sasaran saya ialah sudah pasti mahu menempah tempat ke final terlebih dulu.
“Kami sudah memenangi satu piala (Tan Sri P Alagendra), tapi kalau ada rezeki kami juga mahu cuba memenangi satu piala lagi,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Sapura tewas hanya satu mata berbanding THT dalam pemburuan kejuaraan liga sekali gus menyaksikan THT muncul juara buat kali ketiga berturut-turut.

 

 
Sementara itu, pengurus KLHC Ahmad Anuar Sham Kamar berkata, meskipun barisan pemainnya mencatat kemenangan dalam kedua-dua pertemuan di saingan liga, beliau tetap berpendapat Sapura adalah lawan yang cukup sukar.
“Dua pasukan utama iaitu THT (Terengganu Hockey Team) dan Sapura sememangnya antara pasukan yang kuat pada saingan liga.
“Saya jangkakan satu perlawanan yang sengit apabila kami bertemu Sapura di separuh akhir nanti,” katanya.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, THT yang baru saja mempertahankan kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut, akan bertemu Maybank.

Piala TNB

Separuh akhir pertama (21 September 2016)

THT lwn Maybank, 6 ptg
Sapura lwn KLHC, 8 mlm
(Stadium KLHA)

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top