Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Sapura Makin Selesa

Sapura Makin Selesa

Ketua Pasukan Sapura Marhan Abdul Jalil cuba di halang pemain TNB Ramadhan Rosli

Ketua Pasukan Sapura Marhan Abdul Jalil cuba di halang pemain TNB Ramadhan Rosli

Kuala Lumpur, 4 September 2016; ​Sapura sekali lagi berdepan laluan berliku apabila diberikan tentangan sengit pasukan yang dibarisi pemain muda, Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) dalam aksi yang menyaksikan pasukan bimbingan Yahya Atan itu menang tipis 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur.

Ketua pasukan Sapura, Muhammad Marhan Bin Jalil membuka tirai jaringan pada minit ke-6 perlawanan selepas pukulan sudut penalti pertama yang diperoleh pendahulu liga itu disudahkan dengan kemas oleh Marhan bagi meletakkan Sapura dihadapan pada suku pertama perlawanan.

TNB memperkemaskan aksi pada suku kedua perlawanan apabila beberapa kali mengasak ke kubu Sapura yang dilihat agak kebal pada suku pertama dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila penjaring terbanyak TNB, Syed Syafiq Syed Cholan menyempurnakan pukulan penalti strok yang dihadiahkan pengadil, Nazmi Kamarudin pada minit ke-22 bagi menyamakan kedudukan.

Aksi pada suku seterusnya turut memperlihatkan peningkatan berterusan buat anak buah Amin Rahim apabila berjaya mengawal perlawanan  dengan mempamerkan aksi yang lebih bertenaga namun kelekaan melepaskan pukulan sudut penalti pada minit ke-45 memakan diri apabila Sapura menyempurnakan peluang tersebut untuk kembali mendahului menerusi jaringan pemain import, Oscar William Wookey bagi keputusan berakhir dengan keputusan 2-1 berpihak kepada pendahulu liga tersebut.

Dengan kemenangan ini, Sapura kekal di tangga teratas Liga Premier TNB MHL 2016 dengan 15 mata hanya berkelebihan 1 mata dihadapan Kelab Hoki Kuala Lumpur ( KLHC ) di tangga kedua yang berjaya menundukkan Maybank 7-2 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Hoki Kuala Lumpur. 
Sementara itu THT terus mengukuhkan kedudukan di tangga ke tiga setelah berjaya membenam cabaran UniKL 2-1.

About Meor Abdullah Syamim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top