Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Sapura Maybank terikat

Sapura Maybank terikat

 

Pemain pemain maybank membuat bantahan kepada pengadil atas keputusan yang dibuat

Pemain pemain maybank membuat bantahan kepada pengadil atas keputusan yang dibuat

Bukit Jalil, 31 Oktober  2014; Jaringan saat akhir oleh Khasif Ali berjaya menyelamatkan Sapura dari tewas di tangan Maybank dalam pertemuan liga premier TNBMHL 2014 di stadium hoki nasional bukit jalil petang tadi.

Pertemuan kedua pasukan di lihat seimbang di awal permainan dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan. Namun Maybank berjaya memecah kebuntuan pada minit 21 oleh pemain import dari Pakistan Abdul Haseem Khan. Gol itu membangkitkan lagi semangat pasukan Maybank. Hasil nya 3 minit kemudian Mohamad Syafiq M. Zain berjaya menambah jaringan melalui gol padang setelah kelam kabut di hadapan gawang Sapura.

Sapura yang di pimpin oleh bekas pemain kebangsaan Megat Azrafiq Megat Tarmizi berjaya merapatkan jurang kedudukan 4 minit kemudian menerusi gol padang M. Amerullah B. Abdul Aziz. Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Sapura dilihat lebih menguasai perlawanan di separuh masa kedua bagi memburu jaringan penyamaan namun sering di kecewakan oleh kekebalan benteng pertahanan Maybank yang di pimpin oleh Mohd Riduan Mohamad Nasir. Ketika peminat peminat Maybank menantikan detik perlawanan berakhir pemain jemputan dari Pakistan Khasif Ali berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 54 bagi mengikat kedudukan 2-2. Kedua dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi mata apabila siren penamat di bunyi kan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top