Home / Kejohanan / Sapura THT di perhitungan Terakhir

Sapura THT di perhitungan Terakhir

Penjaga gol Sapura meraikan kejayaan Sapura HC ke Perlawanan Akhir Piala TNB bersama Faiz Helmi Jali dan Jurulatih Megat Azrafiq

Penjaga gol Sapura meraikan kejayaan Sapura HC ke Perlawanan Akhir Piala TNB bersama Faiz Helmi Jali dan Jurulatih Megat Azrafiq

Kuala Lumpur ,23 September 2016; Sapura terpaksa bekerja keras sebelum berjaya melangkah ke pentas final Piala TNB apabila menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menerusi penentuan penalti 4-2 pada aksi separuh akhir kedua, hari ini.
Membawa bekalan selesa hasil kemenangan 3-1 pada separuh akhir pertama, Sapura bagaimanapun tewas 1-3 pada aksi timbal balik hari ini untuk keputusan muktamad 4-4 sekali gus perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti yang menyaksikan Sapura muncul pemenang.
Sapura bakal membuat perhitungan dengan Terengganu Hockey Team (THT) yang menewaskan Maybank 8-4 hari ini sekali gus mencatat kemenangan 14-5 secara agregat.
Meskipun berjaya melangkah ke final, ketua jurulatih Sapura, Yahya Atan nyata kurang berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya yang dilihat tidak beraksi pada tahap terbaik.
“Secara taktikal kami tidak bermain dengan bagus. Pemain terlalu cepat untuk melakukan serangan dan perkara ini sepatutnya tidak dilakukan.
“Jika mereka tidak mengikut arahan yang ditetapkan, situasi akan menjadi sukar dan inilah yang berlaku pada perlawanan tadi.
“Malah barisan pemain saya juga gagal memanfaatkan banyak peluang untuk menjaringkan gol,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Sapura kembali ke pentas final sejak kali terakhir melakukannya pada 2006.

 
Sedar perlu pantas mencari gol awal, KLHC akhirnya berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-10 menerusi jaringan padang Ali Shan.
Namun Sapura kembali menyamakan kedudukan selepas Mohd Khairul Ikhwan Mohd Shabudin berjaya meledak gol padang minit ke-15.
Tonggak import KLHC, Nam Hyun Woo pantas meletakkan pasukannya di depan sekali lagi, juga pada minit ke-15 hasil pukulan sudut penalti.
Hyun Woo sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan baik minit ke-34 untuk meletakkan KLHC di depan 3-1.
Cubaan KLHC untuk mencari gol kemenangan sekali gus mara ke final tidak berhasil dan perlawanan kemudian di heret ke penentuan penalti.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan seperti dijangka THT mudah menewaskan Maybank 8-4 sekaligus layak ke perlawanan akhir dengan agregat 14-5.

Piala TNB

Separuh akhir kedua

KLHC 3 Sapura 1
(Agregat 4-4, Sapura menang penentuan penalti 4-2)

THT 8 Maybank 4
(THT menang agregat 14-5)

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top