Home / Kejohanan / Antarabangsa / Sekadar Seri

Sekadar Seri

Pakar Pukulan Sudut Penalti negara Razie Rahim meraikan gol pembukaan buat skuad negara pada minit ke 7 perlawanan.  Gambar oleh : Shah Bekson Sports Images

Pakar Pukulan Sudut Penalti negara Razie Rahim meraikan gol pembukaan buat skuad negara pada minit ke 7 perlawanan. Gambar oleh : Shah Bekson Sports Images

Ipoh,29 April 2017; Statistik jelas hanya sekadar nombor dan bukan penentu kemenangan jika tidak diterjemahkan dengan jaringan. Itu lah yang berlaku  buat skuad negara bertemu Jepun apabila terikat 1-1 dalam pertemuan pertama Piala Sultan Azlan Shah 2017 di Stadium Sultan Azlan Shah 2017 malam tadi.

Perlawanan skuad negara terpaksa bermula lewat 2 jam disebabkan penundaan perlawanan pertama jam 4 petang diantara Great Britain dan India kerana hujan lebat melanda Ipoh petang semalam. Biarpun begitu, penundaan ini jelas seperti tidak mengganggu fokus pemain negara apabila mempamerkan aksi kemas dan teratur sebaik siren permulaan dibunyikan. Mempertaruhkan pemain berpengalaman Tengku Ahmad Tajudin,Faizal dan Nik Aiman dibarisan hadapan mula seperti menampakkan hasil apabila pukulan sudut penalti diminit ke 7 perlawanan berjaya disudahkan pakar pukulan sudut penalti negara Razie Rahim.

Jepun yang terkenal dengan sikap tidak mudah mengalah dan sentiasa bekerja keras mula cuba bangkit mencari gol penyamaan namun sering dihampakan oleh kekentalan barisan pertahanan negara. Malah pasukan negara yang kemas tersusun dibahagian tengah hampir menyamakan kedudukan namun pukulan Haziq Samsul sedikit tersasar setelah menerima umpanan cantik dari Meor Muhammad Azuan. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Malaysia yang menyedari bekalan 1 gol masih tidak cukup untuk mencipta kemenangan namun kekentalan penjaga gol pasukan Jepun menyelamatkan percubaan Faizal Saari pada minit 37 bagai memberi petanda bahawa jaringan kedua yang diburu oleh pasukan negara tidak akan hadir.

Malah pasukan negara terpaksa berputih mata apabila Najmi Farizal gagal menolak bola pukulan sudut penalti Shota Yamada  bagi membolehkan pasukan Jepun menyamakan diminit ke 39 perlawanan. Malaysia cuba bangkit bagi mencari gol kemenangan dan jelas ketumpulan barisan serangan serta kekentalan penjaga gol Jepun berjaya membuatkan anak anak buah Stephen Van Huizen terus kecewa memburu gol. Malah jika tidak kerana kekentalan pemain terbaik perlawanan S Kumar yang berjaya menghalang dua situasi sama satu penyerang Jepun dengan beliau, pasti keputusan perlawanan akan mengecewakan skuad negara. Kedudukan 1-1 kekal sehingga siren penamat dibunyikan membolehkan kedua dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi 1 mata.

Pengurus pasukan negara Mohd Nasihin Nubli yang ditemui selepas tamat perlawanan jelas lebih suka mengulas pertemuan bertemu Australia esok (malam ini) berkata Malaysia perlu mengelak bermain secara bertahan kerana ketajaman Australia ketika melakukan serangan balas cukup bahaya. Malah beliau menyifatkan pertemuan dengan Australia akan menguji satu  taktikal serangan yang baharu buat pasukan negara.

Dalam Dua lagi aksi perlawanan hari pertama,  menyaksikan juara bertahan Australia sekadar terikat 1-1 menentang New Zealand, manakala jaguh Asia, India diikat 2-2 oleh Great Britain.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top