Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) Pelengkap

Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) Pelengkap

 

Aksi meyakinkan BJSS membuktikan mereka mampu mencabar pasukan elit yang lain

Aksi meyakinkan BJSS membuktikan mereka mampu mencabar pasukan elit yang lain

BJSS menjadi pelengkap kepada 4 pasukan yang melayakkan diri ke peringkat suku akhir piala milo dan seterus nya layak ke Division 1 musim depan setelah berjaya menundukkan Nur Insafi dengan jaringan 5-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Menyedari mereka memerlukan kemenangan dengan beza 3 jaringan pasukan BJSS melancarkan serangan bermula dari tiupan wisel permulaan lagi. Hasilnya pada minit ke 8 Mahathir Rathuwan berjaya membuka jaringan. Namun serangan balas Nur Insafi pada minit ke 18, Izaidi Ismail berjaya menyamakan kedudukan.

Walaubagaimanapun Mohd Norshahrezan Mat Jusoh berjaya menyempurnakan 2 pukulan sudut penalti pada minit 25 dan 33 untuk menjadikan kedudukan 3-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Menyedari hanya kemenangan 3 gol sahaja yg akan menjadi kan mereka juara kumpulan, Muhd Fakhri Ardillah Saifullah berjaya menyudahkan gerakan untuk menjadikan kedudukan 4-1. Namun Nur Insafi berjaya sekali lagi menewaskan penjaga gol BJSS pada minit 57 melalui NurMushawwir Hrsikesa Thaitchana Muruthi.

Ketika perlawanan berbaki 9 minit, Muhd Fakri berjaya menjaringkan gol penting yang seterusnya menjadikan mereka juara kumpulan dan yang lebih penting melayakkan mereka ke Division 1 musim hadapan.

Dalam satu lagi perlawanan Politeknik KPM melengkapkan perlawanan dengan membelasah MS Pahang dengan jaringan 5-0. Gol gol politeknik KPM dihasilkan oleh Ain A. Rahman (minit ke 14,24), Kamarul Ariffin Kamaruddin (minit ke 19) ,Ashran Hamsani(minit ke 45) dan Khairuddin Ramlan (minit ke 57).

Dengan kemenangan ini Politeknik KPM berjaya mengungguli kumpulan Y dan mereka akan bertemu BJSS dalam perlawanan akhir Play Off esok.

Juara kumpulan akan menerima RM2000 manakala naib juara kumpulan akan membawa pulang RM1500.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top