Home / Berita & Artikel / Selangor sasar Emas Hoki Sukma 2014

Selangor sasar Emas Hoki Sukma 2014

Skuad SUKMA Selangor bersemangat bagi mencapai sasaran emas SUKMA 2014

Skuad SUKMA Selangor bersemangat bagi mencapai sasaran emas SUKMA 2014

Skuad Hoki Sukma Selangor hadir ke temasya Sukma 2014 di Perlis dengan meletakkan harapan tinggi bagi memmperolehi pingat emas. Sasaran itu yang diletakkan oleh Persatuan Hoki Selamgor dilihat bukan misi mustahil kerana persediaan rapi yang telah di lakukan oleh Skuad Sukma kali ini termasuk memperolehi pengalaman berharga dalam Div 1 Liga Hoki Kebangsaan baru baru ini.

Presiden SHA Dato Subahan  yakin dengan kemampuan bagi mencapai sasaran emas SUKMA 2014

Presiden SHA Dato Subahan yakin dengan kemampuan bagi mencapai sasaran emas SUKMA 2014

Menurut Presiden Persatuan Hoki Selangor Dato Subahan Kamal, sasaran itu diletakkan kerana persatuan yakin dengan kemampuan pemain pemain mereka malah persatuan telah pun menyediakan program bermula 3 tahun lalu bagi memantapkan skuad hoki Selangor bukan sahaja skuad Sukma malah skuad remaja mereka. Ini terbukti apabila Selangor telah muncul juara bagi kejohanan Hoki bawah 16 tahun kebangsaan yang berlangsung baru baru ini. Malah Dato Subahan juga menyatakan bahawa walaupun masalah padang yang masih belum menemui jalan penyelesaian hingga kini, Persatuan Hoki Selangor telah berjaya juga menyediakan serta mencungkil bakat bakat baru dari negeri Selangor. Dan ianya tidak mustahil bakal di buktikan pada temasya Sukma 2014 kali ini.

Penyerahan Cek Tajaan dari penaja

Penyerahan Cek Tajaan dari penaja

Skuad Sukma Selangor juga menerima tonik berharga apabila 2 Syarikat korporat iaitu Privasia Technologies BHD dan Global Specialty Ingredients (M) Sdn Bhd sudi menaja skuad SUKMA Kali ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top