Home / Berita & Artikel / Setaraf pasukan hebat – Harian Metro 2/5/2014

Setaraf pasukan hebat – Harian Metro 2/5/2014

Kuantan: “Permainan berkualiti”.

Itu reaksi Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas menyaksikan kemenangan dramatik skuad negara mengatasi New Zealand di pentas suku akhir.

Kemenangan ke atas pasukan pilihan untuk menjuarai Cabaran Juara-Juara 1 yang juga pasukan keenam dunia itu diraih menerusi penentuan penalti 3-2 selepas terikat 4-4 tamat 70 minit masa permainan.

“Cukup dramatik dan mendebarkan, ini satu permainan yang berkualiti.

“Kita mendahului 4-1, namun mereka bangkit hingga saat akhir, hinggalah penentuan penalti,” katanya.

Kemenangan itu menurut Tengku Abdullah membuktikan skuad negara yang di kedudukan ke-13 dunia kini seiring dengan pasukan lebih hebat.

“Ini juga membuktikan kritikan keras ke atas kemampuan pasukan sebelum ini tidak benar namun saingan masih belum berakhir.

“Barisan pemain muda sudah menunjukkan kemahiran dan kematangan mereka pada peringkat ini,” katanya.

Beliau turut gembira dengan sokongan padu penyokong tempatan sehingga melonjakkan semangat pemain negara.

artikel asal : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Setarafpasukanhebat/Article/index_html

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top