Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Shahril Saabah Kecewakan Sapura

Shahril Saabah Kecewakan Sapura

Pemain TNB meraikan jaringan Shahril Saabah

Pemain TNB meraikan jaringan Shahril Saabah

Bukit Jalil, 9 November  2014; Gol tunggal menerusi pukulan sudut penalti Shahril Saabah sudah cukup buat TNB membawa pulang 3 mata setelah berjaya menundukkan Sapura 1-0 dalam pertemuan Liga Premier TNBMHL 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

TNB turun dengan penuh keyakinan setelah mendapat semangat menerusi kemenangan 3-0 keatas UniKL jumaat lalu. Namun Sapura bukan lah pasukan yang mudah malah Sapura dilihat turun dengan lebih segar setelah tidak bermain pada jumaat lalu hasil “Hadiah” atas penundaan perlawanan kerana hujan lebat.

Jangkaan itu tepat apabila perlawanan di lihat seimbang bermula dari siren perlawanan di bunyikan. Kekentalan barisan pertahanan kedua dua pasukan yang di pimpin oleh pemain berpengalaman berjaya mengekang asakan lawan. Namun Shahril Saabah membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab selaku penggempur utama pasukan TNB yang telah di tinggalkan oleh Faizal Shaari yang berhijrah ke THT musim ini apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 26. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sapura yang di lihat cuba memperkemaskan permaianan di separuh masa kedua di lihat buntu apabila cubaan demi cubaan mereka sering di patahkan oleh kekentalan pertahanan TNB serta ketangkasan penjaga gol TNB S Kumar. Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan TNB tersenyum girang membawa pulang 3 mata.

Keputusan ini mengekalkan kedudukan TNB di tangga ke 3 liga manakala Sapura juga turut kekal di tangga ke 4.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top