Home / Kejohanan / Antarabangsa / Skuad Piala Dunia Ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Skuad Piala Dunia Ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Pakar pukulan sudut penalti negara Razie Rahim dan Ketua Pasukan Shukri Mutalib perkuat skuad sukan sea 2017

Pakar pukulan sudut penalti negara Razie Rahim dan Ketua Pasukan Shukri Mutalib perkuat skuad sukan sea 2017

KUALA LUMPUR , 2 Ogos 2017; Konfedrasi Hoki Malaysia (MHC)  telah mengumumkan senarai pemain pemain negara yang akan menggalas cabaran memburu 4 pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi acara padang dan dalam dewan yang akan bermula dari 21 Ogos hingga 29 Ogos 2017.

Jelas pemburuan MHC dalam membolot 4 pingat emas dalam kejohanan kali ini diambil serius terutama dalam acara padang lelaki apabila menamakan skuad “piala dunia” ke Bukit Jalil nanti.  Dalam senarai yang dikeluarkan itu menyaksikan hanya tiga pemain yang tidak ke World League Round 3 tempoh hari disenaraikan semula iaitu Muhammad Rashid Baharom, Joel Samuel Van Huizen dan Muhamad Ramadan Rosli disenaraikan dalam skuad Sukan SEA ke-29. Namun ketiga tiga pemain ini bukan lah muka baru dalam skuad kebangsaan kerana mereka juga sering beraksi skuad senior sebelum ini. Ketiga tiga pemain ini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Najmi Farizal yang beraksi bagi acara dalam dewan serta Muhammad Firhan Ashari dan Muhammad Haziq Samsul yang tidak tersenarai bagi kejohanan sukan sea kali ini.

Dalam pada itu, bagi skuad padang wanita pula hanya dua pemain baru sahaja dalam skuad Muhammad Dharma Raj Abdullah kali ini iaitu Surizan Awang Noh dan Nuramirah Syakirah Zulkifli untuk menggantikan Fazilla Sylverster Silin dan Nur Zafirah Aziz.

Bagi skuad wanita dalam dewan pula tiga pemain yang sebelum ini beraksi dalam acara padang, Nurul Safiqah Mat Isa, Fatin Naimah Zaki dan Rabiatul Adawiyah Mohamed tersenarai bagi membantu memperkuatkan lagi barisan pemain dalam dewan.

Berikut merupakan senarai penuh skuad lelaki dan wanita bagi acara padang dan dalam dewan:

Skuad Lelaki Padang:

  1. Kumar A/L Subramiam
  2. Muhammad Hafizuddin Bin Othman
  3. Muhammad Razie Bin Abd Rahim
  4. Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib
  5. Mohamad Izad Hakimi Bin Jamaluddin
  6. Faiz Helmi Bin Jali
  7. Muhammad Azri Bin Hassan
  8. Muhammad Marhan Bin Mohd Jalil
  9. Mohd Fitri Bin Saari
  10. Nabil Fiqri Bin Mohd Noor
  11. Meor Muhamad Azuan Bin Hasan
  12. Joel Samuel Van Huizen
  13. Muhamad Ramadan Bin Rosli
  14. Muhammad Shahril Bin Saabah
  15. Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil
  16. Muhammad Rashid Bin Baharom
  17. Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi
  18. Faizal Bin Saari

 

Skuad Wanita Padang:

  1. Juliani Binti Mohamad Din
  2. Siti Noor Amarina Binti Ruhani
  3. Raja Norsharina Binti Raja Shabuddin
  4. Nur Syafiqah Binti Mohd Zain
  5. Fatin Shafikah Binti Mahd Sukri
  6. Nurul Nabihah Binti Mansur
  7. Mas Huzaimah Binti Md Aziz
  8. Norazlin Binti Sumantri
  9. Surizan Binti Awang Noh
  10. Wan Norfaiezah Binti Md Saiuti
  11. Hanis Nadiah Binti Onn
  12. Farah Ayuni Binti Yahya
  13. Siti Rahmah Binti Othman
  14. Noor Hasliza Binti Md Ali
  15. Norbaini Binti Hashim
  16. Nuraini Binti Abdul Rashid
  17. Nuraslinda Binti Said
  18. Nuramirah Syakirah Binti Zulkifli

 

Skuad Lelaki Dalam Dewan:

  1. Mohd Khairul Afendy Bin Kamaruzaman
  2. Mohamad Hazrul Faiz Bin Ahmad Sobri
  3. Muhammad Najib Bin Abu Hassan
  4. Muhammad Aslam Bin Mohamed Hanafiah
  5. Shazril Irwan Bin Nazli
  6. Mohd Hanip Bin Che Halim
  7. Mohamad Ashran Bin Hamsani
  8. Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad
  9. Muhammad Najmi Farizal Bin Jazlan
  10. Norsyafiq Bin Sumantri
  11. Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan
  12. Mohd Shafiq Bin Yaacop

 

Skuad Wanita Dalam Dewan:

  1. Priyangga S. Jayarajah
  2. Nur Aisyah Binti Yaacob
  3. Qasidah Najwa Binti Muhammad Halimi
  4. Rabiatul Adawiyah Binti Mohamed
  5. Nurliyana Binti Md Kip
  6. Noorain Binti Mohd Arshad
  7. Fatin Naimah Binti Zaki
  8. Nor Izaidah Binti Ibrahim
  9. Siti Noor Hafiza Binti Zainordin
  10. Nurul Safiqah Binti Mat Isa
  11. Ellya Syahirah Binti Ellias
  12. Nor Aniza Binti Rahmat

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top