Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / Piala Liga MJHL 2015 / Berita MJHL 2015 / SSBJ Thunderbolts kejutkan UniKL Young Guns

SSBJ Thunderbolts kejutkan UniKL Young Guns

JEP_3369 copy

 

Bukit Jalil, 15 Januari 2016: Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ Thunderbolt) melakukan kejutan pada aksi pembuka tirai TNB Liga Hoki Remaja Malaysia selepas menewaskan naib juara musim lalu UniKL Young Guns 6-1.
Berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hasrat untuk melihat UniKL membenam SSBJ nyata meleset selepas lawan mereka itu mendahului 4-0 selepas berakhir separuh masa pertama.
Pengurus SSBJ, K Rajan berkata, beliau sendiri tidak menjangka anak buahnya mampu mencatatkan kemenangan besar ke atas UniKL yang tampil pada musim ini selaku pasukan pilihan.
“Sudah tentu kemenangan ini permulaan baik untuk kami. Saya sendiri tak sangka kami mampu mencatatkan kemenangan dengan jaringan besar. “Pada separuh masa pertama, barisan pemain saya mempamer aksi cukup luar biasa.
“Jika mereka dapat teruskan momentum ini, ada peluang untuk kami mara lebih jauh. Yang penting kemenangan pertama ini memberi suntikan keyakinan kepada kami,” katanya selepas tamat perlawanan.
Gol pertama SSBJ dijaringkan oleh Muhammad Hafizhuddin Zaidi minit ke-18 menerusi jaringan padang. Muhammad Rahimi Rosley mengukuhkan kedudukan SSBJ apabila menjaringkan gol kedua minit ke-20.
Hafizhuddin terus cemerlang meledak gol kedua peribadi sekali gus yang ketiga untuk SSBJ menerusi jaringan padang minit ke-33 sebelum Muhammad Zulfitri Md Zin menjadikan kedudukan 4-0 selepas tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-35.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua menyaksikan UniKL berjaya meraih gol pertama hasil jaringan Muhammad Khairulamirin Abdul Jalil hasil pukulan sudut penalti minit ke-38 tetapi SSBJ menambah dua gol lagi menerusi Mohd Adam Daniel Feroza masing-masing pada minit ke-55 dan 70.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top