Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / SSTMI Thunderbolt terus mencabar pendahulu liga

SSTMI Thunderbolt terus mencabar pendahulu liga

Aksi pemain SSTMi Nurul Nabihah  Mansur yang sering mencemas kan kubu Terengganu MSN PHWT.

Aksi pemain SSTMi Nurul Nabihah Mansur yang sering mencemas kan kubu Terengganu MSN PHWT.

Bukit Jalil, 12 April 2014; SSTMI Thunderbolt terus garang dalam mencabar pendahulu liga apabila menjadikan Terengganu MSN PHWT mangsa terbaru mereka. SSTMI Thunderbolt berjaya menumbangkan lawan dari pantai timur itu dengan jaringan 4-0 dalam aksi Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Hadir dengan harapan mengutip 3 mata penuh bagi mencerahkan peluang layak ke perlawanan akhir,SSTMI Thunderbolt tidak menunggu lama untuk membolosi gawang Terengganu MSN PHWT apabila Hanis Nadia Onn berjaya menyudahkan peluang yang terhidang pada minit ke 4. Gol itu membangkitkan lagi semangat pasukan SSTMI dan giliran Masyitah Harun pula mencipta nama sebagai penjaring apabila mudah menewaskan penjaga gol Terengganu MSN PHWT Noor Rul Azwani Zuraiden di minit ke 10. Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Menyedari jumlah jaringan boleh menjadi penentu kedudukan didalam liga SSTMI Thunderbolt menggandakan asakan lagi pada separuh masa kedua dan Hanis Nadia Onn sekali lagi mencipta nama apabila menjaringkan gol ke 3 SSTMI Thunderbolt di minit ke 39. Nurul Nabihah Mansur melengkapkan petang gemilang buat SSTMI Thunderbolt apabila menjaringkan gol ke 4 di minit ke 50.

Kemenangan 4-0 ini mengekalkan kedudukan SSTMI Thunderbolt di tangga ke 3 liga kekurangan 3 mata dibelakang pendahulu liga ATM.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top