Home / Kejohanan / SSTMI Thunderbort Tepati Ramalan

SSTMI Thunderbort Tepati Ramalan

Penjaga gol SSP?MSO Thunderbolt cuba menghalang kemaraan penyerang SSTMI Thunderbolt Amirul Hamizan

Penjaga gol SSP/MSP  Thunderbolt Amirul Afiq cuba menghalang kemaraan penyerang SSTMI Thunderbolt Amirul Hamizan

Bukit Jalil, 13 Mac 2015; SSTMI Thunderbolt menepati ramalan awal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Milo 2015 ahad ini setelah berjaya membenam cabaran SSP/MSP Thunderbolt 7-2 dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala Milo 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam. SSTMI layak dengan agregat 12-3 setelah menundukkan SSP 5-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama tempoh hari.

SSTMI turun dengan penuh keyakinan biarpun membawa bekal yang cukup selesa dalam perlawanan ini dengan sering melancarkan serangan ke kubu SSP. Usaha mereka berhasil seawal minit ke 7 menerusi penyerang licik mereka Amirul Hamizan. Gol pembukaan itu menaikkan lagi semangat SSTMI dan ini terbukti apabila mereka menambah gol kedua sekali lagi menerusi gol padang Amirul Hamizan di minit ke 12. 5 minit berselang giliran Zainul Rusyaidi pula menambah jaringan sebelum Luqman Nul Hakim dan Zainul Rusyaidi menambah derita SSP di minit ke 25 dan 31. SSP berjaya juga membolosi gawang SSTMI di saat saat akhir permainan separuh masa pertama menerusi Muhammad Idris Samad.

SSTMI di lihat mengendurkan sedikit permainan di separuh masa kedua manakala SSP mula mengatur gerakan sebaik wisel permulaan di bunyi kan di separuh masa kedua namun jelas pengalaman amat membezakan kedua dua pasukan ini. Dalam keghairahan mereka mengatur gerakan kealpaan barisan pertahanan SSP di hukum pemain Thunderbolt apabila berjaya menambah dua jaringan lagi menerusi Zulhamizan Awang Abbas dan Azmie Othman di minit ke 46 dan 66 manakala SSP berjaya menambah gol saguhati menerusi Idris Samad di minit ke 56.

Kejayaan ini menjadikan SSTMI Thunderbolt berpeluang mengulangi kejayaan berganda musim lalu.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top