Home / Berita & Artikel / Suka Duka 2013

Suka Duka 2013

 

Barisan pemain remaja kebangsaan

Barisan pemain remaja kebangsaan

Sudah sebulan 2013 meninggalkan kita. Kenangan suka duka arena hoki tanah air cukup untuk dijadikan kenangan oleh peminat pasukan kebangsaan tidak kira pasukan remaja mahupun pasukan utama. Rencah yg di gaulkan menggamit rasa pedas dan enak untuk santapan peminat hoki tempatan.

Jika dinilai kenangan 2013 pasti lah skuad remaja menjadi buah cerita utama di seluruh pelusuk utama negara. Bermula dengan persediaan skuad remaja negara ke kejohanan piala dunia remaja atas tiket juara asia sehinggalah pulang dengan menutup mulut para pengkritik kerana berjaya dinobatkan sebagai 4 pasukan terbaik di kejohanan Piala Dunia Remaja 2013.

Bercerita tentang pasukan remaja ini pasti dimulai dengan kejayaan menjadi naib juara kejohanan piala sultan Johor 2013. Walaupun aksi perlawanan akhir sedikit mengecewakan peminat negara namun ia sudah cukup untuk meletakkan keyakinan bahawa anak anak muda ini mampu menggegar persada piala dunia remaja 2013 nanti.

Pasukan remaja kebangsaan berjaya menjadi 4 pasukan terbaik di kejohanan piala dunia remaja 2013

Pasukan remaja kebangsaan berjaya menjadi 4 pasukan terbaik di kejohanan piala dunia remaja 2013

Ramuan yang diadun oleh Mohd Dharma Raj Abdullah serta dibantu oleh Gobinathan serta kata kata semangat sang juara oleh Mirnawan Nawawi jelas membangkitkan bibit bibit keyakinan pada anak anak remaja ini. Ini terbukti apabila mereka berjaya menjadi juara kumpulan di kejohanan Piala Dunia Remaja 2013 di Delhi dengan rekod tanpa kalah di sepanjang peringkat kumpulan. Persembahan bertenaga itu diteruskan lagi apabila menundukkan korea dan seterus nya menjadikan skuad negara layak ke peringkat separuh akhir sebelum di tundukkan oleh pasukan perancis dan seterusnya tewas kepada pasukan Belanda dlm klasifikasi tempat ke 3 dan 4. Namun biarpun tewas ia cukup utk membuatkan peminat hoki tanah air berbangga dengan kejayaan tersebut sehinggakan Menteri Belia Dan Sukan sanggup meluangkan masa di subuh hari menyambut kepulangan wira wira negara ini. Tahniah anak anak muda Malaysia.

Pasukan Utama negara berjaya layak ke Piala Dunia 2014

Pasukan Utama negara berjaya layak ke Piala Dunia 2014

Kemanisan arena hoki negara 2013 juga turut di kongsi bersama oleh pasukan utama negara. Berita layak ke piala dunia 2014 biarpun gagal menjadi juara asia di kejohanan piala asia sudah cukup menghadirkan kegembiraan buat peminat peminat hoki negara. Berita yang diterima dari rantau oceania menjadi kegirangan buat semua biarpun ketika itu pemain pemain negara sedang berjuang di Ipoh.

Tempat ke 4 piala asia bukan sesuatu yang buruk jika di  lihat pada persembahan keseluruhan pasukan negara. Boleh dikatakan persembahan di kejohanan tersebut boleh dikatakan sebagai sebuah platform terbaik untuk skuad negara bakal menggegar piala dunia 2014.

Pasukan wanita negara berjaya mengungguli pentas sukan sea 2013

Pasukan wanita negara berjaya mengungguli pentas sukan sea 2013

Pasukan wanita kebangsaan juga tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa. Pingat emas sukan sea yang sudah lama di idamkan telah berjaya mereka rangkul. Malah pentas sukan sea dilihat bukan lagi medan yang setanding buat anak anak buah Pengendali Nasihin ini. Ini dibuktikan apabila mereka berjaya memecah rekod dunia apabila menundukkan Kemboja dengan jaringan 36 gol tanpa balas.

Biarpun begitu kejayaan sukan sea ini hadir setelah pasukan wanita negara ini gagal mencapai misi di kejohanan Piala Asia Wanita 2013 setelah kandas di peringkat kumpulan.

Kehilangan mendiang Chua masih belum ada pengganti

Kehilangan mendiang Chua masih belum ada pengganti

Disebalik kemanisan kemanisan tersebut seluruh peminat sukan negara digemparkan dengan pemergian lagenda hoki negara Mendiang Chua Boon Huat akibat kemalangan jalan raya. Pemergian beliau menjadi satu tamparan dan kejutan buat semua di kala pasukan hoki negara sedang melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan Piala Asia 2013. Kehilangan beliau boleh dikatakan tiada pengganti dan persekutuan hoki negara terus mengumumkan jersi no 3 tidak lagi akan digunakan mana2 pemain di dalam skuad kebangsaan. Malah anugerah khas sempena nama mendiang juga digunakan bagi kejohanan liga hoki remaja kebangsaan 2014.

Selain itu, arena hoki negara juga tidak sunyi dengan kontroversi. Perletakan jawatan secara tiba tiba oleh pengedali utama negara ketika itu Paul Revington mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan tidak sealiran dengan beberapa jurulatih tempatan. Namun tindakan pantas yg membabitkan menteri belia dan sukan berjaya merungkai masalah itu yg boleh dikatakan terjadi kerana sifat kasih sayang semua pihak atas nama kemajuan dan kejayaan pasukan hoki negara. Semoga ia nya akan menjadi iktibar dan tauladan semua pihak demi hoki negara.

Biarpun 2013 sudah berlabuh namun cerita hoki negara di tahun 2013 pasti akan terpahat di sanubari semua peminat hoki negara. Semoga 2013 akan menjadi sebuah asas dan platform buat hoki negara agar menjadi kembali sebuah kuasa besar hoki dunia setanding dengan pasukan Germany dan Belanda.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top