Home / Kejohanan / Antarabangsa / Sukan Sea 2017 : Malaysia Terlalu Gah

Sukan Sea 2017 : Malaysia Terlalu Gah

Pasukan negara meraikan kemenangan mudah dalam perlawanan akhir Sukan Sea 2017

Pasukan negara meraikan kemenangan mudah dalam perlawanan akhir Sukan Sea 2017

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2017; Skuad lelaki negara sekali lagi membuktikan mereka berada di dalam kelas tersendiri di rantau Asean ini apabila mudah meratah Myanmar 14-0 dalam perlawanan akhir hoki lelaki Sukan Sea 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Ini jelas terbukti apabila skuad negara hanya perlukan 7 minit sahaja untuk menjaringkan 3 gol menerus dua pukulan sudut penalti Razie Rahim dan satu gol padang Shahril Saabah. Myanmar yang mempamerkan permainan bertahan sedikit dibantu hujan lebat dalam percubaan merencatkan permainan agresif skuad negara namun tidak mampu menghalang Malaysia menamatkan permainan separuh masa pertama dengan 5 jaringan tanpa balas.

Jika Myanmar menyangkakan Malaysia akan mengendurkan asakan di separuh masa kedua, jelas sangkaan mereka meleset apabila skuad negara dilihat semakin mengganas sebaik sahaja siren separuh masa kedua dibunyikan. Mungkin bagi pemain negara ini adalah hadiah buat semua penyokong negara yang membanjiri Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil seawal jam 6 petang tadi lagi malah tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi Bukit Jalil.

Pesta gol skuad negara diteruskan dengan 9 jaringan berjaya ditambah menerusi 3 lagi jaringan sudut penalti dan 9 jaringan padang. Kemenangan ini mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu dan seterusnya membuktikan bahawa skuad hoki lelaki negara masih Gah di persada rantau Asean

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top