Home / Kejohanan / Antarabangsa / Sukan Sea 2017 : Srikandi Tepati Janji

Sukan Sea 2017 : Srikandi Tepati Janji

Skuad Wanita Negara Menepati ramalan dan Janji mereka untuk menggapai emas di Sukan Sea 2017

Skuad Wanita Negara Menepati ramalan dan Janji mereka untuk menggapai emas di Sukan Sea 2017

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2017; Skuad wanita negara menepati janji mereka apabila berjaya dikalungkan pingat emas yang ke 107 negara setelah menundukkan lawan yang sedang meningkat naik Thailand 2-0 di perlawanan akhir malam tadi. Kemenangan ini meletakkan emas ke 7  dalam edisi sukan sea buat skuad wanita negara. Malah lebih melengkapkan malam gemilang buat kontijen negara apabila emas hoki ini berjaya membantu Malaysia mencapai sasaran 111 emas setelah Azizul Hasni Awang melengkapkan nya malam tadi.

Biarpun begitu, skuad negara yang diletakkan sebagai pasukan pilihan jelas diberi tentangan sengit oleh pasukan Thailand biarpun dilihat menguasai hampir sepenuh nya permainan. Corak permainan bertahan Thailand dilihat berjaya mengekang kemaraan pasukan kebangsaan malah barisan tengah negara dilihat kekeringan idea bagi memecah benteng pasukan Thailand. Ini jelas terbukti apabila kedudukan 0-0 masih terpapar di papan jaringan Stadium Nasional Bukit Jalil sebaik siren suku ke 3 dibunyikan.

DSC_4476

Namun usaha tanpa henti skuad negara mula membuahkan hasil sebaik suku ke empat bermula apabila penyerang tambatan negara Hanis Nadiah Onn sekali lagi membuktikan ketajaman beliau apabila mudah memperdaya penjaga gol Thailand Yimkrajang Siraya di minit ke 46 perlawanan bagi memecah kebuntuan.  Gol itu menyemarakkan lagi semangat skuad kebangsaan apabila tidak menunggu lama bagi menambah jaringan apabila pakar pukulan sudut penalti negara Nuraini Rashid menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 47.

Dua gol itu sudah cukup buat skuad negara dikalungkan pingat emas seterusnya menepati janji mereka untuk menghadiahkan pingat emas buat kontijen negara. Namun kerja keras dan usaha berterusan perlu diteruskan sebaik tamat kejohanan ini kerana Thailand dilihat sudah mula mempamerkan peningkatan yang mendadak bagi menidakkan impian Malaysia memungut pingat emas yang ke 8 dua tahun lagi.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top