Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / Sumbangsih milik KLHC

Sumbangsih milik KLHC

Pemain Import KLHC Ali Shan membuktikan pengambilan beliau bersana pasukan berbaloi

Pemain Import KLHC Ali Shan membuktikan pengambilan beliau bersama pasukan berbaloi

Bukit Jalil, 2 Ogos 2015; Laungan amaran awal jurulatih KLHC Muhammad Dharma Raj Abdullah bahawa sasaran sekurang kurang nya satu piala  musim ini jelas bukan sekadar laungan semata mata apabila berjaya membimbing pasukan KLHC menjulang Piala Sumbangsih TNBMHL 2015 seterus nya mengutip 3 mata berharga apabila mengejutkan juara berganda musim lalu THT 6-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ahad lalu.

Kedua dua pasukan bertemu membuka tirai TNBMHL musim ini setelah pasukan THT muncul sebagai juara berganda musim lalu manakala KLHC pula merupakan naib juara musim lalu. Turun selaku dua pasukan gergasi tanah air, ternyata aksi menghiburkan dipamerkan kedua dua pasukan. Kedua dua pasukan saling berbalas serangan sebaik wisel permulaan di bunyikan. Namun THT lebih dulu memecah kebuntuan apabila pemain import dari Argentina Jose Leandro Tolini berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 15 perlawanan. Gol itu tidak sedikit pun menggusarkan pasukan KLHC apabila 4 minit selepas suku kedua pemain import baru mereka Ali Shan berjaya memperdaya penjaga gol THT Muhammad Hafizuddin Othman bagi menyamakan kedudukan. Gol itu seperti amaran awal pasukan KLHC apabila menambah 2 lagi jaringan dalam tempoh 2 minit  pemain kebangsaan Nabil Fiqri menambah jaringan di minit ke 20 dan Razie Rahim di minit ke 21. Tersentak dengan jaringan tersebut THT terus membuat pertukaran apabila memasukkan penjaga gol simpanan Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri bagi menggantikan  Muhammad Hafizuddin Othman yang jelas tidak mempamerkan permainan yang memberangsangkan. Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Kedudukan 3-1 jelas masih tidak memberi keselesaan buat pasukan KLHC apabila 3 minit permainan separuh masa kedua bermula, Rashid Baharom menambah jaringan ke 4 buat pasukan KLHC. Rashid Baharom terus menambah derita THT apabila menambah gol ke 5 di minit ke 49 perlawanan. Walaupun ketinggalan THT tetap terus melancarkan serangan ke kubu KLHC namun sering di gagalkan oleh penjaga gol KLHC Roslan Jamaluddin. Usaha THT akhir nya berhasil apabila bekas penyerang kebangsaan Ismail Abu menjaringkan gol ke dua THT di minit ke 52 sebelum Harvinder Singh melengkapkan petang gemilang buat KLHC apabila menjadikan kedudukan 6-2 di minit ke 58 perlawanan. Kedudukan 6-2 kekal sehingga siren penamat dibunyikan.

Biarpun menang dengan jaringan besar, Ketua Jurulatih KLHC Muhammad Dharma Raj tetap menyifatkan perlawanan seimbang dan kekentalan Roslan Jamaluddin berjaya menghalang THT dari menjaringkan gol menjadi perbezaan buat kedua dua pasukan.

Dalam perlawanan lain, Sapura yang diletakkan sebagai pasukan pilihan musim ini berjaya menundukkan UniKL 2-1 dan TNB berjaya menundukkan Maybank 2-1.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top