Home / Kejohanan / TBMHL2018 Sumbangsih: KLHC Ulangi kejuaraan musim lalu

TBMHL2018 Sumbangsih: KLHC Ulangi kejuaraan musim lalu

KLHC sekali lagi mengulangi pencapaian musim lalu apabila menjulang Piala Sumbangsih TNBMHL2018 – Foto oleh MHC

KUALA LUMPUR,12 Januari 2017; KLHC sekali lagi mengulangi kejayaan menjulang piala sumbangsih apabila menewaskan seteru utama mereka THT menerusi penalti shoot out 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada pertemuan merebut Piala Sumbangsih seterusnya menjadi perlawanan pembukaan bagi TNBMHL2018.

Berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, hasrat THT untuk menebus kekecewaan tewas kepada KLHC pada final Tan Sri P Alagendra minggu lalu tidak menjadi kenyataan apabila KLHC terus membuktikan bahawa mereka lebih bersedia musim ini untuk menjulang Piala Sumbangsih sekali lagi.

Meskipun mencatat kemenangan sekali gus meraih mata pertama di saingan liga, Ketua jurulatih KLHC, Lim Chiow Chuan tetap tidak berpuas hati dengan penampilan barisan pemainnya.

“Secara keseluruhan kita tak bermain dengan bagus sebab pemain tidak mengawal permainan daripada awal sebaliknya membiarkan lawan mengawal bola.

“Bagaimanapun di suku kedua kita dapat menjaringkan dua gol sekali gus memimpin perlawanan. Tapi akhirnya pemain tak dapat mengawal kelebihan jaringan itu dan biarkan THT kembali menyamakan kedudukan dua gol.

“Apapun ia tetap satu kemenangan yang bermakna sebab kami sekali lagi berjaya menewaskan THT,” katanya.

Jelas Chiow Chuan, barisan pemainnya perlu memperkemaskan rentak permainan mereka pada perlawanan seterusnya Ahad ini menentang TNB.

Pada perlawanan hari ini, tonggak import KLHC, Jang Jonghyun berjaya meletakkannya pasukannya di depan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-16.

Muhammad Hafizuddin Zaidi menjadikan kedudukan 2-0 sleepas menjaringkan gol padang m-24.

Tersentak dengan dua jaringan awal itu, THT menggandakan asakan dan kali ini penyerang sensasi negara, Faizal Saari tidak mensia-siakan peluang merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti m-44.

Ketika KLHC diambang kemenangan, pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia, Gonzalo Peillat menyamakan kedudukan untuk THT dua minit sebelum tamat perlawanan sekali gus mengheret perlawanan ke penalti shoot out yang kemudian memihak kepada KLHC.

Hadiah kemenangan disumbangkan kepada  Fitri Saari bagi meringankan beban mereka menanggung kos rawatan anak beliau – Foto oleh MHC

Hadiah kemenangan RM10,000 yang dimenangi oleh KLHC disumbangkan kepada Fitri Saari untuk meringankan beban merawat anaknya, Muhammad Adam Zafran.

Wang itu adalah sumbangan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) serta barisan pemain kebangsaan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top