Home / Berita & Artikel / Tengku Abdullah kagum kualiti pemain Malaysia – Utusan Malaysia 2/5/2014

Tengku Abdullah kagum kualiti pemain Malaysia – Utusan Malaysia 2/5/2014

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) memberi ucapan tahniah kepada pemain negara selepas menewaskan New Zealand pada suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 di Kuantan, semalam. – UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN – Presiden Konfede­rasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan pemain hoki kebangsaan berjaya menunjukkan permainan berkualiti ketika menewaskan New Zealand pada suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 (CC1) di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini semalam.

Tengku Abdullah berkata, perlawanan itu cukup dramatik serta mendebarkan dan berharap pemain dapat mengekalkan semangat sebegini untuk perlawanan seterusnya.

“Kita lihat sendiri bagaimana pasukan negara mendahului mereka 4-1, tetapi mereka kembali semula untuk menyamakan kedudukan pada saat terakhir perlawanan.

“Tetapi, penentuan pukulan penalti shoot-out memihak kepada kita. Alhamdulillah, saya rasa pemain kita kini setaraf pasukan lain yang lebih tinggi (ranking),” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Tengku Abdullah, kemenangan ini membuktikan bahawa kritikan yang diterima pasukan kebangsaan sebelum ini adalah tidak benar.

“Tetapi kritikan ini tidak akan berakhir. Namun, apa yang membanggakan saya adalah apabila pemain-pemain muda telah menunjukkan pemainan terbaik dalam perlawanan itu.

“Terima kasih juga kepada penyokong yang hadir dan ini amat mengagumkan saya,” katanya.

Malaysia menempah tiket ke separuh akhir dengan penuh dramatik apabila berjaya me­nundukkan New Zealand 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti shoot-out.

Walaupun mendahului selesa 4-1 pada babak pertama, namun pemain negara membenarkan New Zealand mengikat kedudukan 4-4 untuk mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140502/su_09/Tengku-Abdullah-kagum-kualiti-pemain-Malaysia#ixzz30WaZREyg
© Utusan Melayu (M) Bhd

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top