Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / Terengganu MSN PHWT ratah SSN Selangor

Terengganu MSN PHWT ratah SSN Selangor

Pertahanan SSN Selangor berhempas pulas menahan asakan serangan dari Terengganu MSN PHWT

Pertahanan SSN Selangor berhempas pulas menahan asakan serangan dari Terengganu MSN PHWT

Bukit Jalil,10 April 2014; SSN Selangor terus tercari cari rentak dalam Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 apabila diratah Terengganu MSN PHWT 0-11 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. SSN Selangor yang masih gagal mengutip sebarang mata musim ini turun dengan harapan untuk mencapai kemenangan namun hampa dengan barisan pertahanan yang mudah dibolosi oleh Terengganu. Keputusan 4-0 ketika siren separuh masa pertama dibunyikan cukup untuk menceritakan betapa lopong nya barisan pertahanan mereka.

Terengganu pula masih  belum cukup dengan jaringan tersebut malah mereka lebih rakus di separuh masa kedua. Serangan demi serangan yang dilancarkan sering mencemaskan kubu lawan. Dan usaha mereka tidak sia sia apabila 7 gol lagi dijaringkan di separuh masa kedua untuk menamatkan perlawanan dengan jaringan 11-0.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top