Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / THT Juara Berganda TNBMHL 2014

THT Juara Berganda TNBMHL 2014

Pemain pemain THT meraikan kemenangan setelah penjaga gol mereka berjaya menyelamatkan Penalti Shoot Out Waseem Ahmad

Pemain pemain THT meraikan kemenangan setelah penjaga gol mereka berjaya menyelamatkan Penalti Shoot Out Waseem Ahmad

Bukit Jalil, 14 Dec 2014; THT sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah jagoan negara serta seterusnya berjaya menamatkan penguasaan KLHC dalam liga tempatan setelah berjaya menundukkan KLHC dalam perlawanan akhir Piala TNB 2014 menerusi penentuan penalti shoot out di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

THT yang turun dengan reputasi sebagai juara liga serta mempunyai barisan penggempur paling berbisa musim ini turun dengan penuh keyakinan. Ini terbukti apabila mereka melancarkan serangan sebaik siren permulaan di bunyikan. Tekanan yang diberikan mereka membuatkan barisan pertahanan KLHC terpaksa bekerja keras mempertahankan kubu mereka. Namun kekebalan tersebut akhir nya musnah apabila penyerang berbisa THT, Faizal Saari berjaya memperdaya penjaga gol KLHC Roslan Jamaludin di minit ke 6 menerusi pukulan sudut penalti. Bagaikan tidak puas dengan jaringan tersebut THT sekali lagi berjaya menambah gol kedua 3 minit kemudian sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti namun kali ini giliran Fitri Saari mengukir nama sebagai penjaring.

Menyedari akan ketajaman penyudah THT, KLHC mula memperkemaskan permainan dan sering cuba menembusi pertahanan THT namun segala usaha mereka sering dipatahkan oleh pertahanan THT yang di ketuai oleh Azlan Misron dan Shahrun Nabil. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

THT sedar 2 jaringan belum cukup menjamin kejayaan buat mereka mula melancarkan serangan sebaik wisel separuh masa kedua di bunyikan dan mereka tidak perlu menunggu lama bagi menambah jaringan apabila penjaring terbanyak mereka Faizal Saari sekali lagi berjaya menewaskan rakan sepasukan beliau dalam kem kebangsaan Roslan Jamaludin di minit ke 31. Gol tersebut bagaikan memadam kebangkitan buat KLHC. Ini terbukti apabila kedudukan 3-0 terikat sehingga tamat suku ke tiga.

Namun KLHC membuktikan bahawa mereka bukan pasukan yang mudah menyerah kalah. Kata kata semangat oleh jurulatih Dharma Raj Abdullah serta George Koshy berjaya membangkitkan kembali semangat pasukan KLHC. Bermula dengan 2 jaringan menerusi pakar pukulan sudut penalti mereka Razie Rahim diminit ke 51 dan 55, KLHC berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang sensasi mereka Syamim Yusof seminit sebelum tamat permainan dan kedudukan 3-3 kekal sehingga tamat perlawanan dan memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti shoot out.

Tuah jelas memihak kepada pasukan THT yang dilihat mempunyai kelebihan dari segi teknikal dan skill apabila berjaya membenam KLHC dengan kemenangan 2-1. Kemenangan ini memboleh kan THT membawa pulang hadiah Piala Pusingan serta wang tunai bernilai RM 70,000 manakala KLHC membawa pulang wang tunai bernilai RM 50,000. Kejayaan THT di serikan lagi dengan kejayaan individu apabila Faizal Shaari di pilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan manakala adik beliau Fitri Shaari dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir serta penjaga gol mereka Hafizzudin Othman di pilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan. Satu lagi anugerah menjadi milih pemain muda TNB Faiz Helmi Jali apabila di anugerahkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top