Thunderbolt benam Olak

Ketua Pasukan SSTMI Thunderbolt Firdaus Omar cuba melepasi kawalan pemain OLAK Ahmad Elayas

Ketua Pasukan SSTMI Thunderbolt Firdaus Omar cuba melepasi kawalan pemain OLAK Ahmad Elayas

Bukit Jalil, 8 Februari 2015; Juara musim lalu SSTMI Thunderbolts membuktikan mereka adalah pasukan pilihan musim ini biarpun menampilkan ramai muka baru musim ini apabila berjaya membenam cabaran pasukan dari Klang OLAK PKT 4-1 dalam pertemuan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Turun selaku pasukan pilihan SSTMI berjaya membolosi gawang Olak seawal minit ke 12 menerusi jaringan padang Shello Silverius. SSTMI berjaya menambah jaringan kedua 8 minit kemudian menerusi penyudah tajam pukulan sudut penalti Aliff Syazwan. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

SSTMI terus mendominasi perlawanan di separuh masa kedua namun ketumpulan barisan penyudah mengecewakan mereka. Namun usaha mereka akhirnya berhasil apabila Luqman Hakim berjaya menyumbat gol ke tiga menerusi gol padang di minit ke 47. SSTMI terus menambah lagi tekanan dan melancarkan serangan bertali arus namun kelekaan melancarkan serangan akhir nya memakan diri apabila Olak berjaya memecah benteng Thunderbolt menerusi Shelmyrul Azreel melalui pukulan sudut penalti di minit ke 61. Namun SSTMI sekali lagi berjaya melebarkan jurang jaringan menerusi gol padang penyerang harapan mereka Danial Asyraf di minit ke 65. Kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini membolehkan SSTMI melonjak ke tangga teratas dengan kelebihan 1 mata serta pasukan di tangga ke dua UniKL Young Guns masih kekurangan 1 perlawnan, Kedua dua pasukan ini akan bertemu Jumaat ini di Stadium  Taman Daya.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top