Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / Thunderbolt berpesta di Kangar

Thunderbolt berpesta di Kangar

Pengalaman Firdaus Omar berjaya membimbing pasukan SSTMI Thunderbolt dalam memburu kejuaraan Piala Milo

Pengalaman Firdaus Omar berjaya membimbing pasukan SSTMI Thunderbolt dalam memburu kejuaraan Piala Milo

Kangar,6 Mac 2015; SSTMI Thunderbolt membuktikan mereka belum puas biarpun telah di nobatkan sebagai Juara Liga Hoki Remaja Kebangsaan musim ini apabila mudah membelasah pasukan 1Mas Perlis 10-0 dalam pertemuan suku akhir pertama di Kangar petang semalam. Kemenangan ini pasti memberi keselesaan kepada juara musim lalu ini bagi turun perlawanan kedua ahad ini. Malah boleh di katakan memberi sedikit nafas buat mereka untuk merehatkan pemain pemain yang sedikit cedera dalam pertemuan kedua esok.

Turun selaku juara  bertahan jelas menambah keyakinan buat pasukan anak angkat TNB ini. 6 gol berjaya di hasilkan di separuh masa pertama membuktikan betapa panas nya pasukan ini dalam memburu kejuaraan Piala Milo musim ini. Gol gol dihasilkan menerusi Firdaus Omar (minit ke 5,12) , Haizzat Noor Azmi (minit ke 9) , Zulhamizan Awang Abas (minit ke 26), Muhammad Azmie (minit ke 30) dan Amirul Hamizan (minit ke 33).

Seperti tidak puas dengan jaringan tersebut mereka menambah 4 gol lagi di separuh masa kedua bagi mengukuhkan lagi kedudukan seterusnya memberi bekal yang cukup selesa untuk dibawa ke Suku Akhir kedua esok. Gol gol di separuh masa kedua dijaringkan oleh Luqman Hakim (minit ke 39,56), Azhad Akmal Mohd Fahmi (minit ke 61) sebelum  Zulhamizan Awang Abas melengkapkan petang gemilang buat pasukan Thunderbolt di minit ke 63.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top