Home / Kejohanan / Thunderbolt Berpesta

Thunderbolt Berpesta

Hatrik Muhamad Amirul Mirza bin Rozi menjulang BJSS Thunderbolt membelasah Politeknik KPT 9-0 petang semalam

Hatrik Muhamad Amirul Mirza bin Rozi menjulang BJSS Thunderbolt membelasah Politeknik KPT     9-0 petang semalam

Kuala Lumpur, 28 April 2017; BJSS Thunderolt semakin mengekori rapat pendahulu liga TNBMJHL2017  MBPJ Tigers apabila mengutip 3 mata penuh setelah membelasah Politeknik KPT 9-0 di Stadium Hoki Kuala Lumpur petang semalam.

Biarpun bermula agak perlahan dengan hanya mampu 2 jaringan di separuh masa pertama BJSS Thunderbolt semakin bernafsu di separuh masa kedua apabila berjaya membolosi gawang lawan dengan 7 jaringan lagi. Lebih manis lagi pemain muda berbakat mereka Muhamad Amirul Mirza bin Rozi berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini.

Dengan kemenangan ini, BJSS Thunderbolt melonjak ke tangga ke tiga liga dengan mengumpul 12 mata, 3 mata dibelakang pendahulu liga MBPJ Tigers.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium KLHA petang semalam, AHP-MSP Thunderbolt tidak menghadapi masalah berdepan cabaran UniKL Young Guns apabila berjaya mengutip 3 mata penuh setelah berjaya menundukkan lawan mereka 3-0.

Biarpun pasukan yang berpengkalan di Pahang ini mengawal permainan sejak dari wisel permulaan lagi, namun mereka terpaksa menunggu sehingga suku kedua perlawanan bagi membuka jaringan apabila Muhammad Noor Firdaus bin Rosdi berjaya membolosi gawang lawan menerusi gol padang di minit ke 18.

Penjaga gol UniKL Young Guns Farhan Syakirin bin Hassan berhempas pulas menyelamatkan gawang nya dari dibolosi

Penjaga gol UniKL Young Guns Farhan Syakirin bin Hassan berhempas pulas menyelamatkan gawang nya dari dibolosi

Ketangkasan penjaga gawang lawan Farhan Syakirin bin Hassan jelas menjadi penghalang buat AHP-MSP Thunderbolt berpesta gol petang semalam biarpun berjaya menambah 2 lagi jaringan di separuh masa kedua menerusi gol padang Syamil Azim bin Dzulkafly diminit ke 37 dan penalti Muhammad Hazzim Amin bin Hafidz di minit ke 45 perlawanan.

Kemenangan ini juga meletakkan AHP-MSP Thunderbolt mengukuhkan kedudukan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir kejohanan dengan kini berjaya mengutip 8 mata setelah mengharungi 5 perlawanan.

Dalam perlawanan lain SSTMI Thunderbolt tidak berhadapan masalah apabila membenam BJSS JRS dengan jaringan 6-0 manakala Anderson Thunderbolt terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan SMKDBL JOHOR JUNIORS 2-1 di Batu Pahat. MBPJ Tigers pula semakin mengukuhkan kedudukan di puncak liga apabila mudah membenam Olak Nurinsafi 5-0 di Stadium Hoki Pandamaran.

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top