Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Berita / Thunderbolt Gah Juniors Rebah

Thunderbolt Gah Juniors Rebah

Thunderbolt unggul di persada liga

Thunderbolt unggul di persada liga

Tiupan wisel penamat antara Unikl Young Guns dan Anderson ahad lalu menandakan berakhir lah sudah Liga Remaja Kebangsaan dan pasukan pasukan yang layak akan beraksi pula dlm format kalah mati untuk merebut Piala Milo yg mana akan bermula Khamis ini.

Thunderbolt sekali lagi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik dlm kelas remaja apabila sekali lagi menjulang piala liga musim ini. Ketika sudah pun sah bergelar juara ketika menundukkan Unikl minggu lalu, mereka sedikit pun tidak mempamerkan rasa cukup apabila membelasah KLSS Juniors dengan jaringan 11 gol tanpa balas.Dengan rekod 100% kemenangan sudah pasti mereka adalah pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Milo.

Jika Thunderbolt megah menjuarai liga, lain pula cerita dengan si adik mereka iaitu SSTMI Juniors yg berada di bawah liga. Dengan hanya mampu mencatat dua keputusan seri mereka tidak akan lagi bersaing di division 1 musim depan.

Jurulatih UniKL Rodhanizam Radzi yakin kemampuan anak buah beliau

Jurulatih UniKL Rodhanizam Radzi yakin kemampuan anak buah beliau

UniKL Young Guns pula membuktikan mereka sahaja kini adalah pesaing utama kepada Thunderbolt dlm merebut kejuaraan Piala Milo nanti. Pasukan naib juara liga ini dilihat antara pasukan yang paling mantap dari semua posisi.

Tahniah SSTMI Thunderbolt dan Takziah SSTMI Juniors

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top