Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Berita / THUNDERBOLT garang di awal musim

THUNDERBOLT garang di awal musim

Thunderbolt dilihat gah di awal musim

Thunderbolt dilihat gah di awal musim

Jika dinilai dari segi jaringan memang sukar dilihat pasukan lain mampu menggugat pasukan juara bertahan ini. Dari 3 perlawanan yang dilalui pasukan sang juara ini, 19 jaringan telah dibuat dan hanya 1 gol sahaja yang baru dilepaskan.

Biarpun kehilangan pemain berbakat besar musim lalu Shahril Saabah namun pasukan ini sedikit pun tidak kelihatan goyah malah pasukan ini dilihat terlalu ampuh jika dibanding kan dgn pasukan lain di dalam kejohanan kali ini.

Bermula dengan menundukkan pasukan adik dengan jaringan 6-1 pasukan ini dilihat tidak menoleh kebelakang lagi. Pasukan Anderson menjadi mangsa seterusnya apabila membelasah mereka dengan jaringan 7 gol tanpa balas sebelum pasukan MHS pula dijadikan mangsa dengan jaringan 6-0.

Unikl menjadi pencabar utama liga hoki remaja kebangsaan 2014

Unikl menjadi pencabar utama liga hoki remaja kebangsaan 2014

Jika dinilai di atas kertas , hanya pasukan UNIKL Young Guns sahaja dilihat mampu menyaingi pasukan Thunderbolt ini. Seperti pasukan Thunderbolt pasukan UNIKL ini juga mencapai keputusan 100% didalam 2 perlawanan yang telah diharungi mereka. Dengan 7 gol yang telah dijaringkan dengan tanpa melepaskan sebarang gol pasti memberi amaran kepada pasukan Thunderbolt yang pasukan ini tidak akan memberi laluan mudah buat mereka utk mengulangi kejayaan musim lalu.

MBPJ mampu mengulangi pencapaian musim lalu

MBPJ mampu mengulangi pencapaian musim lalu

Pasukan naib juara musim lalu MBPJ dilihat juga sebagai pencabar utama  buat ketika ini  setelah menghasilkan 3 kemenangan dari 4 perlawanan. Bermula dengan agak goyah ketika menundukkan Anderson dengan jaringan 2 gol berbalas 1, pasukan MBPJ terus mempertingkatkan permainan mereka dan menjadikan pasukan MHS menjadi mangsa mereka apabila berjaya menundukkan pasukan MHS dengan jaringan 3 gol berbalas 1. Namun nasib MBPJ ditimpa malang apabila perlawanan ketiga mereka dibelasah dengan jaringan 6 gol tanpa balas ketika bertemu SSTMI Thunderbolt. Setelah dibelasah Thunderbolt MBPJ membuktikan bahawa mereka mampu bangkit dengan menjadikan SSTMI Juniors sebagai mangsa apabila menundukkan mereka dengan jaringan 4-1.

Apakah kesudahan cerita mereka ini sama sama kita nantikan perlawanan di minggu ke empat yang akan bersambung minggu ini setelah liga berhenti bagi memberi laluan kepada sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu..

Ayuh semua kita beri sokongan pada anak anak muda ini….. Mungkin kita akan bertemu the next Mirnawan Nawawi atau pun the Next Faizal Shaari..

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top